Tuesday 5 February 2013

Tips semasa pindah rumah

 
First thing in my mind, berapa banyak lori diperlukan..bayangkan kita yang jarang berurusan dengan 1 Tan ke atau 3 Tan lori ke...so tidak boleh bayangkan berapa banyak barang kita yang dikumpulkan untuk diangkut ke rumah baru.

Ini bukan koleksi setahun tapi hampir 10 tahun, masa inilah untuk kita nak buat spring cleaning (buang yang mana tak digunakan / tidak perlu) memerlukan kesabaran, ketelitian, akhirnya masa sudah tidak membenarkan kita melakukan.

Itupun sempat juga saya kumpulkan kertas dan kotak serta besi untuk dihantar ke pusat recycle di kawasan rumah. 

Pada waktu inilah kita ingin mengambil professional movers ataupun tidak. Bergantung kepada barang anda dan bajet anda juga sebenarnya. Jika tidak mahu susah payah, tekan sahaja keyword "movers" atau "pindah rumah"..maka akan terpapar syarikat yang menwarkan khimat mereka yang dianggap professional. 

Setelah saya nilaikan, saya mengambil 2 pilihan pemilik/syarikat lori yang berlainan, bukan professional movers tapi sekurang-kurangnya salah satu antaranya menawarkan khidmat membungkus barangan yang mudah pecah atau yang kita mahu lindungi dari calar...memang akan calar pun!

Tips semasa pindah atau packing barang:-
  • telefon beberapa syarikat yang menawarkan khidmat seperti untuk membuat perbandingan harga dan servis yang ditawarkan. 
  • asingkan barang yang ingin digunakan dengan segera dengan barang yang boleh dilambatkan atau disimpan dalam stor
  • asingkan barang yang ingin dijual atau dibuang atau disedekahkan (jika sempat)
  • pada perabut yang memang anda tidak mahu mengecat semula, bungkuslah supaya anda tidak perlu sekali lagi mengecat atau membaiki akibat kerosakan sama ada calar atau kotor. Terutama tilam dan juga kepala katil (head board), rasanya kita tak sanggup melihat kepala katil dengan kesan tapak kaki kan? Huhuhuhuh
  • Labelkan setiap kotak dengan meletakkan jenis barang dan lokasi kotak itu diletakkan..contohnya (DAPUR -KACA) - jadi movers akan meletakkanya dengan berhati-hati di kawasan dapur kita manakala (BAJU - ATAS)..bermaksud anda menyimpan baju dan ingin mereka mengangkat kotak tersebut untuk diletakkan di tingkat atas...jadi jimat tenaga anda untuk mengangkutnya kembali.
  • barangan yang anda sayangi atau berharga seperti notebook, PC, barangan elektrik yang mahal atau tv (yang ringan), seeloknya kita angkut dengan kenderaan sendiri
  • monitor semasa pekerja menurunkan barang, anda perlu ada bersama kerana kadang-kadang pekerja yang tidak berpengalaman akan "melanyakkan" barangan anda atau lebih tepat "menghancurkan" barangan kita...

No comments:

Post a Comment