Friday, 12 August 2016

Hati-hati bila iklan di mudah.my


Kali ini saya nak paparkan macammana modus operandi mereka...sebenarnya bila dapat no telefon bukan malaysia ni terus jer tahu depa ni adalah scammer...tapi sebab banyak masa..layan jer lah..nak tengok sejauh mana strategi mereka.

Huhuh..sama sahaja..yang ni level penipu budak sekolah rendah ni..tak de pun method baru..asyik suh bayar ke agen la apa la..huhhuh..sekali bila kita dah tahu..terus diam..kikiki

Apa2 pun hati2 lah bila kita iklan kat mana2..mmg scammer ni akan ambil no org yg beria-ria nak jual barang...

ngeh...silap orang...entah sapa2 nyer muka lah dia letak kat depan..hakikatnya mamat negro kat belakang no ni..

Nampak gaya sekolah penipu mereka masih tak tukar silibus...duhai scamer yang tidak budiman..upgrade la silibus..kasi susah orang nak teka anda.

Ok next method scammer akan guna SMS pula..dengan minta kita email kat dia..siap tinggalkan email dia..ni jenis scammer yang tak de duit nak beli sim card..tunggu ya yang tu..tgh main2 kan mereka ni...kikikiki










Friday, 17 June 2016

Ubahsuai rumah: Kabinet dapur Part 5

Woosh bersarang dah nak sambung part ubahsuai rumah especially bahagian dapur atau kitchen kabinet ni.

Saya rasa tak complete kalau tak tunjuk apa kesudahannya. 

Setelah 4 tahun duduk rumah ni baru nak postkan gambar yea...sorry..terabai dan terlena agak lama...tara...ini dia.





Perkara utama bila buat kitchen kabinet, keperluan ada socket elektrik di dinding yg banyak tu perlu kerana banyak gadjet2 yg akan suri rumah a.k.a. isteri akan guna ketika persediaan memasak.

Saya namakan tema warna ni...ferrari kerana warna merah dan hitam..bhahaha.

Utk dapur rumah saya kali ni saya tidak menggunakan ventilator kerana dapur rumah saya mempunyai 2 pintu dan banyak tingkap dan tentunya banyak pencahayaan yg dititikberatkan.

Oleh kerana faktor pemilihan rumah di kawasan hujung/corner, maka saya tidak ada jiran "mengadap" ke arah dapur ini, maka privacy kami dapat optimumkan sebanyak mungkin.

Begitu juga pemilihan "bukan kayu" ke atas struktur bhg pintu dan juga rak kabinet dapur ini kerana saya inginkan dapur ini layaknya digunakan secara kasar atau basahan tanpa perlu maintenance yg tinggi atau takut mereput atau diserang anai-anai.

Thursday, 16 June 2016

Pernah lalui saat ini?


Jika dahulu zaman bercinta
kita tak boleh nak luahkan panjang-panjang
sekadar surat
sekadar sms

bila zaman berubah
ada whatsapp
ada video
ada musik lagi

kombinasi ini lebih mengasyikkan
buat yang pernah laluinya

"selamat pagi
good morning
dah makan belum
buat pe tu?
take care
drive safe
pandu hati-hati
take care
good night
sweet dream
saya rindu awak"

&

I

L
O
V
E

U

seakan kata kata magik 
melembutkan dua hati
mengasyikkan bukan?


video

Wednesday, 15 June 2016

Ubahsuai rumah: Perlukah kita ubahsuai sebelum jual rumah?

2016 saya bermula semula dari kosong. Saya kosongkan diri saya menimba ilmu secara praktikal dengan guidance sahabat saya dalam bidang hartanah juga. 

Kali ini cubaan utk menjual harga rumah dengan harga lebih tinggi dari pasaran. Saya harap formula ini berjaya. Saya akan kongsikan formula ini jika ia sudah berjaya.

Buat masa ini ianya in-progres sebab kerja ubahsuai dan make-over masih dilakukan pada bulan Ramadhan. Final touch-up dengan meletakkan gambar dinding dan bunga-bunga supaya bakal pembeli yang tengok terus berbunga di hati..eh...jangan sampai jatuh berbunga kat abang pulak..bhahahah.

Saya mengambil risiko juga sebenarnya kerana ini percubaan pertama saya untuk menjual secara fully furnish dengan hampir kesemua kelengkapan adalah baru!

Saya matchkan formula ini sebagai satu marketing strategi juga, when our packaging is attracting, senang jual walaupun ramai penjual yang rumah jenis yang sama, senang close deal dan boleh demand atau letak harga tinggi..? Faham..common sense kan? 

Doakan percubaan saya yg pertama berjaya..dan bila sudah close deal saya akan kongsikan analisa bagaimana berbaloi ke tak...huuhuhuu.

FYI, appartment saya yg lama ini telah dibeli pada Ogos, 1998 ketika zaman bujang saya, siap setelah anak sulung saya berumur 6 tahun...how long we had suffered from the delay of the project? Lokasi saya rahsiakan dahulu ya..later dah succes baru saya bagi detail.

Ubahsuai kasar kali ini hanya bahagian dalaman:

1. Cat keseluruhan dinding
2. Baiki siling
3. Tukar bhg tangki tandas
4. Tambah table top dan sinki dapur yang baru
5. Tukar semua lampu dan tambah kipas kepada yg lebih moden

dan selebihnya adalah kelengkapan rumah.... less is more is not the pratice here...sebab tu korang akan nampak rumah ni sarat hehehe...so akan jadi macam display house lah...

Ingat formula asal...kasi hati bakal pembeli berbunga-bungah!!!!








Tuesday, 14 June 2016

Parenting: Melentur Buluh dari Rebungnya



Kenapa tiba-tiba saya sentuh topik ini? Hmmm..di saat saya bermula sebagai seorang bapa pada tanggal 31 Mac 2004, hampir 9 tahun sejak kelahiran anak lelaki pertama dengan nama 'Azeem Iskandar.

Tidak lekang saya menimba ilmu keibubapaan (parenting) dari saat itu..hari ini saya tersentuh melihat pada persepsi saya seorang bapa memaksa anaknya mengulang semula solat Isyak di belakang saf. Mungkin kerana beliau melihat anak lelaki seusia 5 hingga 6 tahun bermian-main sebaik sahaja imam memberikan salam menamatkan solat.

Saat itu aku melihat dari jauh, begitu sabar ayahnya menyuruh anak itu untuk memulakan semula solat isyaknya, ku lihat wajah anak kecil itu sedikit ketakutan dengan muka yang mempamerkan wajah bersalah.

Tenang si ayah duduk di sebelah anaknya saat anaknya menghabiskan solat Isyak di belakang makmun yang sudah mulai keluar masjid dan ada yang menyambung solat sunat kemudiannya.

Persoalannya, bila kah waktu sesuai, perlukah kita begitu "tegas", adakah kita (sebagai bapa) akan dilihat sebagai "memaksa" atau mungkin ada yang berpandangan serong sebagai "mendera"?




 

Monday, 1 April 2013

Say NO to insurance? Sama sahaja...



Bukan ingin meluahkan tapi servisnya masih sama...sama ada mempunyai agen insurans ataupun berhubung langsung dengan syarikat insurans tersebut.

Pengalaman saya yang trauma dengan insurans dahulu, iaitu Prudential berulang kembali, kali ini dengan syarikat yang bedar juga..AIA - Life Insurance company in Asia konon!

Kisahnya begini, dahulu saya membuat refinance dengan mengambil pinjaman AIA Home Loan, pada waktu itu AIA menyarankan saya mengambil insurans sebanyak RM150 sebulan bagi menggantikan kaedah MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance).

Setelah rumah tersebut selesai dibayar atau dijual, maka saya mengambil keputusan untuk menghentikan insurans tersebut setelah mengambil kira dr sudut sifat konvensionalnya sbg sebab utama.

Dua perkara yang saya perlu lakukan SENDIRI walaupun saya ada agen,
(1) Permohonan untuk memberhentikan insurans saya di atas, sayalah yang terpaksa uruskan untuk mendapatkan borang dari AIA, dan akhirnya saya serahkan pada agen setelah melihat complexity of the form..macam info yang mereka minta..bagi kerja lah sikit kat agen..dan u pun dah kaut duit komisen dulu-dulu kan..

(2) memberhentikan direct debit - ini lah kali kedua berurusan sendiri juga dengan AIA setelah agen salah bagi instruction (minta customer hubungi bank untuk memberhentikan direct debit tsebut), bank pula minta customer deal dengan AIA...

Now...my trauma has just began another SECOND chapter dengan syarikat insuran.

Jeng..jeng..jeng...

Maka sehingga hari ini, proses untuk menghentikan insurans bermula, selepas disarankan oleh agen, pertama kali menghubungi syarikat AIA di 1300 88 1899, mereka meminta saya mengisi borang yang saya hanya tahu menulis nama saya sahaja, maklumat lain tidak saya ketahui. Begitu juga diminta polisi insurans yang asal (original) dikembalikan kepada AIA. Manalah saya mahu cari polisi insurans setelah keadaan rumah yang baru pindah sudah tentu amat menyukarkan bagi saya mencarinya. I would rather pay the copy (if AIA charge) dari mencari yang akan mengambil masa.

Terbalik pula, agen saya mengatakan, tak perlu polisi asal tadi setelah saya mengadu padanya, Ms Ann...maka saya bagilah kerja uruskan bab ni...kan dahulu dah dapat komisen...buat lah kerja seikhlas hati dengan nama Allah..bukan setakat hujung bulan kira target dan duit sahaja..

Now stage kedua, urusan pemberhentian insuran AIA ini belum tamat, saya perlu stop direct debit yang dilakukan ke atas kredit kad saya,

Good that I have "excelent" insurance agent and advice me to call bank...huhuhu...bila saya menghubungi bank (maybank), bank pula kata perlu dilakukan oleh pihak merchant (dalam kes ini oleh AIA sendiri), sekali lagi saya ditendang oleh info yang salah diberikan oleh agen insurans.


Saya share pengalaman saya berurusan dengan customer service AIA di 1300 88 1899 pada waktu itu Ms Fara yang "pick up the phone", beginilah lebih kurang ceritanya,

AJ: saya ingin buat pemberhentian direct debit
AIA-Farah: (beginilah lebih kurang skripnya) ok, tuan perlu isi borang dan emailkan pada saya kembali
AJ: macammana saya nak dapatkan borang
AIA-Farah: ok nanti saya akan emailkan kepada tuan, tapi lambat sikit ya paling lewatpun sehingga jam 6 petang nanti
AJ: ok

...dan perkataan jam 6 petang tu terngiang ngiang di kepala saya, kenapa perlu mengambil masa beberapa jam (waktu tu saya telefon di sebelah pagi) hanya untuk scan the form and emai lto me? Tak pelah mungkin prosedur AIA untuk menghantar email macam tu, kut2 la perlu sign Director AIA dulu kut sebelum mereka perlu hantar borang tu pada saya....it should not take that long to react.


Dek kesibukan saya, walaupun saya menunggu dalam diam dan saya tidak sempat untuk menghubungi AIA semula...takutlah salah email ke saya bagi pada mereka.

Setelah beberapa hari, hari ini saya hubungi semula...dipendekkan cerita, masa ni sapa yang angkat, nasib lah...

AJ: saya ingin cek my request for AIA to send me the form
AIA-Chinese Guy: really sorry she has yet to send the form
AJ: Bro, i have waited this for several days, now what kind of service you offerred to me?
AIA-Chinese Guy: we are dealing with so many people, thats normal
AJ: (aku pun hangin), bro, we are paying insurance to company, thats what the company pay you money to perform the work, I want this email to be received before noon by today.

Lalu aku ngadu pula dengan agen insuran aku, Ms Ann..kali ni aku rasa trauma aku macam dulu dah bermula, bayangkan jika urusan claim insurans nanti, bayangkan jika aku mati ke apa ke? Macam ni punya layanan? huh..masa nilah aku rasa, sama sahaja. Tak kira you are the big or giant company like Prudential ke, AIA ke...sama sahaja! Salah agen ke? Kalau dua agen yg berlainan dari dua syarikat insurans berlainan memberikan service yg below the so-so..what say you?

Ada orang kata tak boleh salahkan syarikat, mungkin ada agen yang "hebat" dan tahu cara-cara nak bantu.

So saya sms ke agen saya, dan dengan bangga nya dia masih tak tahu procedur untuk menamatkan direct debit instruction

STOP PAYMENT MUST BE DONE TO UR BANK NOT AIA

CALL UR BANK AND ASK THEM TO STOP PAYMENT.ITS UR ACCOUNT ASKTHEM TO STOP PAYING TO AIA

Setelah saya cc'ed email yang saya forwardkan pada AIA, the form and "cara-cara" untuk kita hentikan direct debit instruction to my credit card dengan note sms saya supaya agen insurans saya ini sedar yang dia belum upskill her knowledge on how to handle this

Masih lagi tidak mahu mengakui kelemahan dan kesalahan dan saya rasa SMS cara lepas tangan ini sedikit ego

I AM INFORMING THE CORRECT WAY TO SURRENDER THE POLICY...bla...bla..blaa

Dan ayat lepas tangan seorang agen yang aku TRAUMA untuk mengambil apa jua insurans telah termaktub

ANY PROBLEM WITH AIA, BANK OR AGENT..CALL BANK NEGARA AND MAKE A COMPLAIN...

...see kalau customer kita ada masalah dengan syarikat, should we tackle it internally, show me how...who should I report to in AIA..kalau agen pun tak nak layan kita, syarikat apatah lagi..apa yang Bank Negara boleh buat?...hmmm..

I would rather share my experienced here..so that those yang rasa nak beli insurans nyawa ke, insurans kemalangan ke what so ever...THINK!

As insurance agen,they master in prospecting skill, close customer to sign contract for you to pay premium, depa dengan joli sakan dapat duit komisen...then after dah tak dapat apa2 komisen daripada u...the next skill yang selalu TAK ADA pada mereka ialah, how to manage customer...setakat manage nak minta tambah premium tu bukan manage yea..tu masih skill prospecting supaya u tambah lagi pakej..depa dapat komisen lagi..yuhuhuhuhuhu

And for other service company outside, don't mess with customer, the power of social media definitely will effect your reputation.

The same TRAUMA episode has just started here!

http://kedai-maserra.blogspot.com/2012/09/simpan-tunai-beli-insurans-mutual-fund.html



Saturday, 23 February 2013

Surau yang sempit atau kesedaran semakin tinggi

Berpeluang berjemaah sebanyak dua kali di surau yang sama di The Mines terpanggil untuk berbisik seketika.

Melihat ruang surau yang tidak mencukupi menyebabkan ramai jemaah terpaksa bersolat di tengah-tengah kren bagi mengejar masa solat maghrib yang pendek.

Atau sebagai positifnya, semakin ramai muslim kini sedar tentang "solat itu tiang agama"..Alhamdulillah.

Lantaran..ada patutnya pihak pengurusan di shopping complex melihat ruang yang lebih selesa bagi kemudahan yang disediakan.

Dan yang lebih menarik tentang notis yang ditampal....membuatkan saya tersenyum..unik!