Saturday 23 February 2013

Surau yang sempit atau kesedaran semakin tinggi

Berpeluang berjemaah sebanyak dua kali di surau yang sama di The Mines terpanggil untuk berbisik seketika.

Melihat ruang surau yang tidak mencukupi menyebabkan ramai jemaah terpaksa bersolat di tengah-tengah kren bagi mengejar masa solat maghrib yang pendek.

Atau sebagai positifnya, semakin ramai muslim kini sedar tentang "solat itu tiang agama"..Alhamdulillah.

Lantaran..ada patutnya pihak pengurusan di shopping complex melihat ruang yang lebih selesa bagi kemudahan yang disediakan.

Dan yang lebih menarik tentang notis yang ditampal....membuatkan saya tersenyum..unik!

Friday 22 February 2013

Tetamu Allah, adakah kita bersedia?

Hari ini setelah seminggu keletihan kerana tidak sihat, ku kuatkan semangat untuk meluahkan perasaan ku disini sambil menemani anak yang sedang menyiapkan kerja sekolah.

Di beranda ini saya menulis, mengenangkan pemergian ibunda saya ke Madinah sebentar tadi menyahut seruan dariNya sebagai Tetamu Allah. Panggilan Allah ini disambut ku dengan penuh kesyukuran di saat ku lihat tubuh dan kesihatannya yang semakin dimamah usia.


Walaupun ini bukan kali pertama buat ibuku menunaikan umrah, apatah lagi menunaikan haji, cuma perasaan berat kali  ini untuk melepaskan kerana tindak tanduk mama bukan seperti biasa. Berkali-kali mama memohon maaf kepada kami adik beradik di setiap perbualannya. Kata-kata itu bagai menikam di dalam satu sudut yang dalam di hati kami.

Kami mendoakan agar akan ada kemudahan dan kesenangan pada setiap hambaNya yang  telah dipilih sebagai tetamuNya. In Sya Allah..bantuan dariNya akan mengiringimu di Madinah dan Mekah nanti..



Sesungguhnya kami menerimanya dengan rasa redha dan bersyukur,  kenapa? Tidak semua antara kita akan terpilih. 

Walau sebaik mana pun orang tersebut, berharta dan berkemampuan untuk pergi ke luar negara, mempunyai segalanya termasuk harta didalam hidup, mempunyai kesihatan dan kelapangan...apabila bukan diri hamba nya itu tidak terpilih...Allah s.w.t tidak akan membuka pintu hatinya, waima untuk berusaha ke arah itu untuk menjadi Tetamu Allah bagi mengerjakan umrah..subhanaAllah sesungguhnya saat itu terasa begitu beruntungnya kita yang terpilih menjadi Tetamu Allah. 

Sebagaimana yang disebut dalam surah AlHaj, ayat 27



 Maka pada sahabat pembaca semua, sebenarnya tiada istilah untuk menunggu seru kerana yang ada cuma niat kita...bilakah kita akan menetapkan masa tersebut supaya kita dapat diterima sebagai TetamuNya? Seru tidak perlu ditunggu kerana ajal maut juga Allah s.w.t telah menyembunyikan masanya dari kita.

Rebutlah kerana ganjaran afdal dan pahala mengerjakan solat di masjid yang telah dipilih oleh Allah swt ini sangat-sangatlah besar.

Antara fadilat yang dapat dikongsikan:- 




Masjidil Haram adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 100,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. 





Kelebihan Masjid Nabawi pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 1,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya ada makam Nabi dan sebagai sebuah taman daripada taman syurga. 

Nah...mulai sekarang..percayalah..tiada tempat yang tercantik, yang paling tenang dan yang paling best bila berada di kedua di tempat ini...tanamlah impian anda dan realisasilah secepat mungkin..

...saat ini kupanjatkan doa semoga suatu hari nanti aku sekeluarga dapat berhijrah dan menetap secara tetap di salah satu tempat ini sehingga hujung nyawa kami..In Sya Allah..semoga doaku dan cita-citaku dimakbulkan.
 

Thursday 14 February 2013

Kabinet dapur pilihan hati Part 1









Apabila memasuki rumah baru atau pun melihat pada rumah yang kita duduki sekarang, perkara yang paling utama kita mahu lakukan ialah memasang kabinet dapur.

Kabinet dapur di pasaran ada pelbagai pilihan, rata-rata menawarkan harga yang kompetetif tetapi semuanya berbeza dari sudut kualiti dan ketahanan.

Setelah kita buat pilihan berdasarkan bajet kita, saya sarankan peruntukkan sejumlah besar bajet anda di dapur kerana kerja kerja lasak, basah dan boleh dikatakan nadi di rumah adalah kawasan DAPUR!

Tips utama, jika berkemampuan, pasangkan dinding dengan kemasan jubin supaya ruang di kawasan dapur lebih sejuk dan tahan haba panas. Juga, jika perlu atau inginkan ruang yang lebih sejuk, pasangkan kuasa pengudaraan tabahan (ventilation fan) bagi menyedut lebihan asap dan haba ketika memasak.


Daya imaginasi perlu semasa membuat pelan berdasarkan ukuran kaki persegi kawasan dapur dengan susun atur sinki, dapur memasak dan juga tempat penyimpanan barang. Mungkin adalah lebih baik dilakarkan ke atas kertas dan anda membawanya ke kedai kabinet dapur, dari situ kita semakin memahami keperluan asas yang perlu ada seperti ruang meletak botol, gas, laci dan sebagainya.

Di sini, anda akan lihat ada kedai kabinet dapur yang melukis sehingga menghasilkan bentuk 3D untuk melihat pelan kabinet dapur anda dengan lebih jelas dan ada yang masih mengekalkan secara tradisional.






Perkara seterusnya ialah, menentukan asas binaan meja dapur (table top) sama ada untuk membuat binaan konrit atau menggunakan lapisan plywood bagi table top dapur. Oleh kerana dapur adalah tempat di mana kerja-kerja basah dan kasar bermula..bagi saya, untuk jangkamasa panjang dan "less maintenance", binaan konkrit sebagai "based" sebelum menentukan jenis top apa di bahagian atasnya, sama ada menggunakan jubin (tiles), kayu, solid surface, batu granit ataupun quartz.

Kerja-kerja pembinaan table top perlulah dalam masa yang sama perlu mengambil kira ukuran dapur memasak (cooker hob) bagi membuat lubang yang dikehendaki di ruang table top tadi.





Entry seterusnya saya akan ceritakan pilihan pintu dan kerangka ..yang mana pilihan yang sesuai atau terbaik.

Tuesday 12 February 2013

Masjid yang perlu dicontohi

Perjalanan seribu batu kata orang tidak akan sah jika tidak singgah di masjid untuk bersolat atau sekadar singgah untuk menggunakan kemudahan tandas.

Syukur kerana Malaysia dikurniakan ekonomi yang stabil, masjid dibina dan dihiasi selesa untuk bersolat.

Hanya cabaran utama yang perlu kita tingkatkan ialah pengurusan masjid juga perlu menekan kan soal kebersihan. Tidak kira sama ada masjid itu berada di kawasan kampung atau berhampiran bandar.

Balik kampung kali ini saya sempat singgah di tiga buah masjid. Kekurangan tumpuan aspek penjagaan tandas sedikit mencacatkan permandangan walaupun waktu itu saya saya singgah di salah sebuah masjid yang tergah dengan binaan kayu ala istana lama dengan ukiran senibina melayu dan estetik yang tinggi di Jertih Terengganu tetapi dicacatkan dengan ketiadaan air ditandas.

Begitu juga dengan masjid berkubah biru berhampiran Resort World Awana Kijal, dengan candelier yang indah tergantung tetapi dicacatkan kan dengan kurangnya penjagaan kebersihan pada karpet jemaah dan juga keadaan tandas yang daif!

Tahniah kepada masjid Padang Kubu, antara lebuhraya Jerangau Jabur yang begitu perihatin tentang kebersihan dan kecantikan tandas, saya kira ianya lebih tinggi standardnya dari tandas yg kita gunakan di R&R lebuhraya Pantai Timur.

Pada yang menjadi kariah masjid, fikir-fikirkanlah, peruntukkanlah sedikit dari wang derma umum itu untuk menaiktaraf tandas di kawasan masjid dan pengurusan tandas tersebut perlu dipertingkatkan lagi.

...dan pada kita sebagai pengguna awam, siapa lagi yang akan menjaganya, kalau bukan kita...tandas itu tidak mampu untuk mencuci sendiri atau automatik!

 






Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday 11 February 2013

Curi ketika menginap di hotel

Kadang-kadang manusia ini akan menjadi kreatif untuk hidup. Pilihan untuk menjadi baik atau tidak bergantung kepada pegangan hidup masing-masing.

Walaubagaimana pun batasan nilai akhlak dilupakan. Itulah yang berlaku di hotel yang saya menginap ini...ada manusia yang tergamak mencuri tv dengan memberi helah bermalam..walhal merancang untuk mengebas apa yang ada.

Hotel Seri Desa di Pasir Puteh, Kelantan ini sudah dua kali memaparkan kejadian curi di tempatnya, dengan bukti dari cctv dan maklumat kad pengenalan penginap, adakah alasan pencuri sudah bertukar alamat maka pencuri tersebut tidak dapat lagi dikesan oleh Polis?

Mungkin kerana tidak kritikal maka kejadian seperti ini diambil ringan oleh pihak berkuasa?

Inilah akhirnya, hotel yang cantik, akhirnya terpaksa mengambil inisiatif memagari tv atau asetnya dari dikebas orang..kesian..sudah mencatatkan dekorasi biliknya.

Pada si pencuri? Hotel mana lagi yang anda mau kebas?





Wednesday 6 February 2013

Berhati-hati ketika membeli di HLK Chain Store

Life is not always cheers, full of laugh and smooth sailing. Sometimes, you have to deal it - with taufan, dugaan and take it as part of your lesson to learn in your journey of life. How can we improve from lesson learnt? Set back and think wisely how you manage the situation - relax...semuanya ada jalan penyelesaiannya.

As me...I start with this slogan for 2013..SAY NO TO HLK CHAIN STORE.


(pssst..sudah kecoh dalam HLK Chain Store FB Fan pulak saya ni..heheheh...dont play-play with me!)

 Why? I start my story from beginning...

Masih ingat waktu kami prepare untuk mencari peralatan untuk rumah baru, waktu tu di Perfect Living 2012, yg dijalankan di PWTC. Kami pergi pada 31 Disember 2012, berempat bersama anak-anak. Among other thing yang kami shopping, bila kami masuk sahaja ke bahagian TV dan Audio Visual, kami terpandang TV Flat Screen yang kami minati, waktu tu ada satu TV yang dikira SMART TV, HD dan 3D. Anak-anak saya sudah happy dengan charged 3D glasses tu..memang superb la kalau tengok movie 3D ni...

Pada waktu tu salesman ada mengatakan, 

"you beli smart tv dan dapat free 3D Blue Ray Home System"

...wah ini sudah bagus, and tentulah as master in prospecting, isteri saya juga pandai, meminta itu dan ini PERCUMA, akhirnya mereka bagi lagi sebagai TAMBAHAN iaitu Garment Steamer, Thermos Bag dan Pen Drive...to me thats "smart buying"...smart lah kononnya...wa sudah kena tipu sebenarnya..will till you the whole story...keep on reading.

So my question, jika saya beli sekarang pada bulan Ogos, 2012, kami nak masuk rumah awal Januari 2013, tentulah harganya jatuh! Sebab kami mahukan barang tu deliver pada bulan Januari 2013, bukan secepat mungkin.

Kami bernasib baik, kerana dapat advise not to pay full amount, sebab katanya,

 "jika harga tv jatuh, you pay the current price ma...", 

berpegang pada kata-kata itu, saya melihat banyak barang yang kononnya "PERCUMA", di masukkan dalam list itu...and settled with small amount of deposit.

Waktu membayar, barulah pandang..oh HLK Chain Store rupanya...kalau for me to go and visit the HLK store...sorry...not to my standard!

Tiba masanya pada Januari 2013, bila kami cari, ada satu cawangan kedai di HLK di Bangi, ingatkan bila kedainya besar, gahlah dia punya susun atur display barang di dalamnya....hancur..memang betullah saya kata..not to my standard...and salesman nya pakai selipar jepun semasa serve kami..

Itu masih lagi ok sebab berangggapan mamat ni baru lepas solat (bersangka baik hokkey!).

Bila masanya untuk membuat pembayaran baki di HLK Bangi (sebab masa bayar deposit dahulu, orang HLK cakap boleh mana-mana branch), barulah startnya my nightmare, my wife's name was not in the system, kena call warehouse katanya. 

So setelah mendapatkan info harga tv terkini..hey man! with online around us, bukan susah nak reiki the current price has dropped..harga TV jatuh dari RM6399 kepada hanya RM5699 dalam masa 4 bulan.

So sehari sebelum kami call ke warehouse, saya nak penjelasan the right and final amount yang perlu di bayar memandangkan harga sudah jatuh. Echoing of what earlier salesman had promised, check harga terkini dahulu baru bayar...

To my suprise, harga RM6399 tu sebenarnya harga PAKEJ yang telah dimasukkan bersama dengan 3D dvd blue ray...hey...we clarified twiced masa korang bercerita bagai nak rak masa kami nak decide kata FREE ITU FREE INI..alih2 berdalih sana sini untuk TIDAK MENURUNKAN HARGA dan mengatakan semua its all package together! 

So nego punya nego, mereka nak remove yang diberi FREE contohnya Garment Steamer...dan bagi diskaun RM6K jer..caik!..korang nak tipu Chartered Accountant bab matematik ni..silap besar lah ok.

And only bagi diskaun RM40 sahaja..gilo...korang ni ingat aku ni tak tahu bab sales ke..by right, HLK should give me lagi kurang..tapi sebab no FOC stated in the statement...which kat situ kesilapan saya tak minta depa letak..so no choice...saya terpaksa say NO.

Di pendekkan cerita, I decided to cancel, not because saya tak mampu nak bayar, sambil teringan En Pin berkata-kata yang terngiang-ngiang di kepala ku (...psst..bos beli tv RM8K dapat 60 inci , rasa geram je..)...di tambah kena tipu terang di siang hari oleh HLK Chain Store. Yes..indeed...walaupun marketing korang nak pakej kan ke apa ke, said it clearly..bukan masa mulut manis tu menipu customer...kata FREE ITU INI!

Hmmm...now I learnt my mistake, korang kena pandai juga in future, minta mereka CATATKAN dalam mana2 statement dalam SALES ORDER ke apa ke..dengan jelas FOC, pada barangan yang dikatakan FREE itu..janji mulut tak gosok gigi tak boleh pakai.

Ok...coz ini my entry yang kategori meluah perasaan..I would say proudly and confidently...HLK Chain Store cheated customer!...see the power of blogging...korang..HLK Chain Store..please improve!

Bengang bukan apa, you guys just wasted my time, kalau dak, aku ada banyak masa lagi nak cari tv lain dengan syarikat lain masa Perfect Living tu.

Biasalah, bab nak menuntut refund, till today sehingga entry disiarkan, masih belum dapat, bila call, nombor telefon yang diberikan...dengan NADA kurang ajarnya mereka melayan mengangkat no handphoe ni.."ooh si Ah Seng ni keluar makan"..walaupun sudah tinggal mesej waktu tengahari untuk call balik..sampai ke petang tak return my wife call....kalau korang tahan sabar, baguslah...isteri saya masih sabar. 

Tapi dengan saya, hmmm...you better dont...nanti korang nangis tak tahan dengar..kuang3x. 

Bila balik ofis, tiba giliran saya call mereka, jawapan yang sama...memang nasib lah si Z tu kena hamun dengan ku sebab dia yang angkat handphone tu..alasan dan nada yang kurang ajar yang sama "kuar makan"...apa lagi dengan baik nye semua perkataan yang tidak sesuai yang di kategori sebagai 18SG di "play" and "fast forward" keluar dari mulut ku...sorry k...inilah asuhan debater dari sekolah sampai universiti.....tup2..cepat pulak Ah Seng ni return call...see...how I handled them...CAREFULLY!

Moral from this scenario:

  • Please put your stand and right as customer, jika tidak boleh menggunakan khidmat Tribunal Pengguna untuk waktu terdekat, gunalah saluran sosial media untuk meluahkan ketidakpuasan hati anda..Facebook or Blog is the best respond you will get from them,
  • Berhati-hati dengan teknik jualan murah ni....guiding principle...jangan jatuh cinta dengan barangan PERCUMA..there is no FREE LUNCH in this world..everything already counted in..tak murah pun sebenarnya
  • HLK Chain Store? Ada lagi orang tak tahu kedai jual apa ya...nasib aku tak cakap kedai jual selipar kat kakak aku yang bertanya tadi.
  • Dan anak aku tanya, baba tak report polis ke? Baba cakap, I can handled it, negara kita banyak saluran undang-undang, dishonest business will not go far! Thats why you see some of the HLK branch sudah run-down!

And dalam masa yang singkat, kami memilih kedai lain dengan brand smart tv lain yang tentunya dapat jauh lebih murah and definately we dont purposely ask for FREE dan tentunya kali ini lebih puas hati dengan 8 pasang 3D glasses and smart remote control..ada dua lagi kikiki

 
 Sekian, to HLK..train your people in customer service!

Tuesday 5 February 2013

Tips semasa pindah rumah

 
First thing in my mind, berapa banyak lori diperlukan..bayangkan kita yang jarang berurusan dengan 1 Tan ke atau 3 Tan lori ke...so tidak boleh bayangkan berapa banyak barang kita yang dikumpulkan untuk diangkut ke rumah baru.

Ini bukan koleksi setahun tapi hampir 10 tahun, masa inilah untuk kita nak buat spring cleaning (buang yang mana tak digunakan / tidak perlu) memerlukan kesabaran, ketelitian, akhirnya masa sudah tidak membenarkan kita melakukan.

Itupun sempat juga saya kumpulkan kertas dan kotak serta besi untuk dihantar ke pusat recycle di kawasan rumah. 

Pada waktu inilah kita ingin mengambil professional movers ataupun tidak. Bergantung kepada barang anda dan bajet anda juga sebenarnya. Jika tidak mahu susah payah, tekan sahaja keyword "movers" atau "pindah rumah"..maka akan terpapar syarikat yang menwarkan khimat mereka yang dianggap professional. 

Setelah saya nilaikan, saya mengambil 2 pilihan pemilik/syarikat lori yang berlainan, bukan professional movers tapi sekurang-kurangnya salah satu antaranya menawarkan khidmat membungkus barangan yang mudah pecah atau yang kita mahu lindungi dari calar...memang akan calar pun!

Tips semasa pindah atau packing barang:-
  • telefon beberapa syarikat yang menawarkan khidmat seperti untuk membuat perbandingan harga dan servis yang ditawarkan. 
  • asingkan barang yang ingin digunakan dengan segera dengan barang yang boleh dilambatkan atau disimpan dalam stor
  • asingkan barang yang ingin dijual atau dibuang atau disedekahkan (jika sempat)
  • pada perabut yang memang anda tidak mahu mengecat semula, bungkuslah supaya anda tidak perlu sekali lagi mengecat atau membaiki akibat kerosakan sama ada calar atau kotor. Terutama tilam dan juga kepala katil (head board), rasanya kita tak sanggup melihat kepala katil dengan kesan tapak kaki kan? Huhuhuhuh
  • Labelkan setiap kotak dengan meletakkan jenis barang dan lokasi kotak itu diletakkan..contohnya (DAPUR -KACA) - jadi movers akan meletakkanya dengan berhati-hati di kawasan dapur kita manakala (BAJU - ATAS)..bermaksud anda menyimpan baju dan ingin mereka mengangkat kotak tersebut untuk diletakkan di tingkat atas...jadi jimat tenaga anda untuk mengangkutnya kembali.
  • barangan yang anda sayangi atau berharga seperti notebook, PC, barangan elektrik yang mahal atau tv (yang ringan), seeloknya kita angkut dengan kenderaan sendiri
  • monitor semasa pekerja menurunkan barang, anda perlu ada bersama kerana kadang-kadang pekerja yang tidak berpengalaman akan "melanyakkan" barangan anda atau lebih tepat "menghancurkan" barangan kita...

Monday 4 February 2013

Bersawang sebelum dan selepas pindah?



Kenapa saya cakap bersawang? Bersawang dengan blog ni sebab lama sudah saya tinggalkan untuk update. Banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum, semasa dan selepas pindah rumah. Alhamdulillah tanggal 31hb Disember 2012, walaupun waktu persiapan yang singkat..saya pindah rumah ke Bangi.

Terima kasih kepada keluarga mertua yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan tenaga...superb! Allah swt datangkan pertolongan ini tanpa disangka-sangka. 

InsyaAllah saya akan updatekan satu persatu, walaupun ianya tidak sistematik. Rumah pun sudah di lengkapi internet..tu pun cabaran juga sebab kawasan saya ini tiada khidmat streamyx dan saya tidak akan mengulangi trauma melanggan Celcom Broadband yang slow macam siput...jadi tiada pilihan, jalur lebar Unifi terpaksa di pilih antara TM dan Maxis yang turut menawarkan khidmat yang sama, mungkin jika Maxis turut menawarkan saluran TV akan ku pertimbangkan juga.

Apa-apa pun perasaan rindu kepada rumah lama masih ada, banyak kenangan yang mengukir seribu satu cerita. Biarlah saya simpan dan jadikan panduan di rumah baru ini...rumah baru ke? Sudah hampir setahun rumah ini siap, tetapi baru sekarang saya boleh membuat keputusan menjadi warga Bangi!