Monday 11 February 2013

Curi ketika menginap di hotel

Kadang-kadang manusia ini akan menjadi kreatif untuk hidup. Pilihan untuk menjadi baik atau tidak bergantung kepada pegangan hidup masing-masing.

Walaubagaimana pun batasan nilai akhlak dilupakan. Itulah yang berlaku di hotel yang saya menginap ini...ada manusia yang tergamak mencuri tv dengan memberi helah bermalam..walhal merancang untuk mengebas apa yang ada.

Hotel Seri Desa di Pasir Puteh, Kelantan ini sudah dua kali memaparkan kejadian curi di tempatnya, dengan bukti dari cctv dan maklumat kad pengenalan penginap, adakah alasan pencuri sudah bertukar alamat maka pencuri tersebut tidak dapat lagi dikesan oleh Polis?

Mungkin kerana tidak kritikal maka kejadian seperti ini diambil ringan oleh pihak berkuasa?

Inilah akhirnya, hotel yang cantik, akhirnya terpaksa mengambil inisiatif memagari tv atau asetnya dari dikebas orang..kesian..sudah mencatatkan dekorasi biliknya.

Pada si pencuri? Hotel mana lagi yang anda mau kebas?





No comments:

Post a Comment