Tuesday 12 February 2013

Masjid yang perlu dicontohi

Perjalanan seribu batu kata orang tidak akan sah jika tidak singgah di masjid untuk bersolat atau sekadar singgah untuk menggunakan kemudahan tandas.

Syukur kerana Malaysia dikurniakan ekonomi yang stabil, masjid dibina dan dihiasi selesa untuk bersolat.

Hanya cabaran utama yang perlu kita tingkatkan ialah pengurusan masjid juga perlu menekan kan soal kebersihan. Tidak kira sama ada masjid itu berada di kawasan kampung atau berhampiran bandar.

Balik kampung kali ini saya sempat singgah di tiga buah masjid. Kekurangan tumpuan aspek penjagaan tandas sedikit mencacatkan permandangan walaupun waktu itu saya saya singgah di salah sebuah masjid yang tergah dengan binaan kayu ala istana lama dengan ukiran senibina melayu dan estetik yang tinggi di Jertih Terengganu tetapi dicacatkan dengan ketiadaan air ditandas.

Begitu juga dengan masjid berkubah biru berhampiran Resort World Awana Kijal, dengan candelier yang indah tergantung tetapi dicacatkan kan dengan kurangnya penjagaan kebersihan pada karpet jemaah dan juga keadaan tandas yang daif!

Tahniah kepada masjid Padang Kubu, antara lebuhraya Jerangau Jabur yang begitu perihatin tentang kebersihan dan kecantikan tandas, saya kira ianya lebih tinggi standardnya dari tandas yg kita gunakan di R&R lebuhraya Pantai Timur.

Pada yang menjadi kariah masjid, fikir-fikirkanlah, peruntukkanlah sedikit dari wang derma umum itu untuk menaiktaraf tandas di kawasan masjid dan pengurusan tandas tersebut perlu dipertingkatkan lagi.

...dan pada kita sebagai pengguna awam, siapa lagi yang akan menjaganya, kalau bukan kita...tandas itu tidak mampu untuk mencuci sendiri atau automatik!

 






Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment