Thursday 14 February 2013

Kabinet dapur pilihan hati Part 1









Apabila memasuki rumah baru atau pun melihat pada rumah yang kita duduki sekarang, perkara yang paling utama kita mahu lakukan ialah memasang kabinet dapur.

Kabinet dapur di pasaran ada pelbagai pilihan, rata-rata menawarkan harga yang kompetetif tetapi semuanya berbeza dari sudut kualiti dan ketahanan.

Setelah kita buat pilihan berdasarkan bajet kita, saya sarankan peruntukkan sejumlah besar bajet anda di dapur kerana kerja kerja lasak, basah dan boleh dikatakan nadi di rumah adalah kawasan DAPUR!

Tips utama, jika berkemampuan, pasangkan dinding dengan kemasan jubin supaya ruang di kawasan dapur lebih sejuk dan tahan haba panas. Juga, jika perlu atau inginkan ruang yang lebih sejuk, pasangkan kuasa pengudaraan tabahan (ventilation fan) bagi menyedut lebihan asap dan haba ketika memasak.


Daya imaginasi perlu semasa membuat pelan berdasarkan ukuran kaki persegi kawasan dapur dengan susun atur sinki, dapur memasak dan juga tempat penyimpanan barang. Mungkin adalah lebih baik dilakarkan ke atas kertas dan anda membawanya ke kedai kabinet dapur, dari situ kita semakin memahami keperluan asas yang perlu ada seperti ruang meletak botol, gas, laci dan sebagainya.

Di sini, anda akan lihat ada kedai kabinet dapur yang melukis sehingga menghasilkan bentuk 3D untuk melihat pelan kabinet dapur anda dengan lebih jelas dan ada yang masih mengekalkan secara tradisional.






Perkara seterusnya ialah, menentukan asas binaan meja dapur (table top) sama ada untuk membuat binaan konrit atau menggunakan lapisan plywood bagi table top dapur. Oleh kerana dapur adalah tempat di mana kerja-kerja basah dan kasar bermula..bagi saya, untuk jangkamasa panjang dan "less maintenance", binaan konkrit sebagai "based" sebelum menentukan jenis top apa di bahagian atasnya, sama ada menggunakan jubin (tiles), kayu, solid surface, batu granit ataupun quartz.

Kerja-kerja pembinaan table top perlulah dalam masa yang sama perlu mengambil kira ukuran dapur memasak (cooker hob) bagi membuat lubang yang dikehendaki di ruang table top tadi.





Entry seterusnya saya akan ceritakan pilihan pintu dan kerangka ..yang mana pilihan yang sesuai atau terbaik.

No comments:

Post a Comment