Tuesday 18 December 2012

Ubahsuai rumah - dapur Part 4



Banyak orang tanya saya, apa dapur yang terbaik? Rata-rata akan mudah terpesona dengan tawaran murah yang dilakukan melalui flyers ataupun majalah yang diedarkan setiap saban minggu di peti pos kita.



  
Tips utama untuk membeli dapur ialah ketahanan dan tentulah mengikut bajet yang telah kita tetapkan. Ada yang murah tetapi kurang tahan lasak untuk kegunaan memasak seperti Rubine. Saya telah menukarkan sebanyak 2 kali dapur untuk jenama jenis ini sahaja dalam masa kurang 3 tahun. Pertama, kerana inner and outer cap nya menjadi cair dan ianya membahayakan kerana gas boleh bocor di bahagian tepi. 

Kali ini setelah meneliti komen-komen pembaca di forum banyak mengesyorkan jenama Fotile. Dari segi harga dan kualiti, saya rasa bersesuaian, sederhana dan tahan lasak.

Walaupun Fujioh merupakan penyedut asap yang terbaik dan tentunya yang termahal, saya kurang gemar dari segi kos maintenance yang terpaksa kita keluarkan setiap kali memangggil Fujioh untuk datang servis alatan tersebut. 

Jadi, dengan kekuatan menyedut asap dan bau semasa memasak dan ciri-ciri mudah dibersihkan tanpa perlu menggunakan "screw driver" bagi membuka penutup atasnya, saya memilih jenama Fotile kali ini bagi melengkapkan set dapur yang sederhana dan tradisional.

Hmmm kenapa tidak menukarkan kepada dapur elektrik? Rata-rata mereka yang telah menggunakan akan mengatakan ianya sesuai untuk dry-kitchen sahaja dan kita terpaksa menukarkan kebanyakan periuk belanga bagi menyesuaikan dengan rekabentuk dapur elektrik...jadi..pilihan di tangan anda, jangan nanti sudah dipasang dapur elektrik, akhirnya menukar kepada cara tradisional (menggunakan api) kerana rasa keaslian masakan sudah bertukar..huhuh




Pili air juga boleh di dapati di sini dengan harga diskaun.



Kat mana ya..hah...saya menyusuri sehingga ke Kepong,

Builders Hardware Enterprise
46, Jalan Ambong 1
Kepong Baru
52100 Kuala Lumpur
Tel: 0362572412 

Cari Mr Zaine....beliau ni kira macam anak owner ni la tapi pengetahuannya luas dalam bidang alatan dapur ni...kalau korang pandai cari, dalam lawyat forum pun dia ni sebagai one of the good informer and he seems to be knowledgeable in what he said...bukan macam salesman yang tahu nak jual barang dan hit their sales target sahaja.

Bagi tahu tentang blog ini, mana tahu anda dapat diskaun extra!

Ubahsuai rumah - lampu dan kipas Part 3

Saturday 15 December 2012

Ubahsuai rumah - lampu dan kipas Part 3



Lampu dan kipas, tentu kita mahukan yang murah..maka terfikir untuk berkongsi Houses of Lightings Sdn Bhd di Puchong. Dalam banyak-banyak perkara untuk memasuki rumah baru atau ubahsuai rumah, paling utama, perkara asas seperti lampu, kipas dan loceng rumah. Jika kita fikirkan, walaupun asas, sekurang-kurangnya kita perlu cari yang berpatutan. 

Sudah tiga kali saya ke sini sejak saya mengetahui Houses of Lightings, jika kita google "lampu kipas murah", pasti nama kedai ini muncul. Saya memerhati ramai juga van-van yang menjual lighting dari kedai-kedai lain luar daerah seperti Ipoh dan Melaka singgah di kedai ini untuk membeli barang....hmmm... agaknya kerana harga di House of Lighting ni amat-amat berbaloi.

Kali ketiga saya pergi pada bulan Dec 2012, mereka mempamerkan artis penyanyi tersohor Shila Amzah dan boyfriendnya Sharnaaz Ahmad pun bershopping disitu, sakan pekerja nya mengambil gambar dan mempamerkan photo-photo bersama artis kesayangan mereka...sib baik aku bukan artis...muhhahahaah

OK, ini arah tuju ke kedai tersebut, kalau yang ada GPS tu boleh mencuba koordinat ni 2.99019, 101.620475 atau alamatnya:-

Houses of Lightings Sdn Bhd
No 33 & 35, Jalan BPU 6
Bandar Puchong Utama
47100 Puchong Selangor
Tel: 012 2663790
Biz Hour: Selasa - Sabtu (10.30AM - 8:00PM)
Ahad (12PM-5.00PM), Isnin - Tutup

Memang tak ada urusan tawar menawar dah di sini, rata-rata harga untuk lampu dan kipas memang sangat murah, setiap kita dilayan oleh salesperson dari memillih apa yang kita hendak, diberikan nombor giliran, CUMA KETIKA ANDA sedang memerhatikan barangan untuk mereka periksa bersama kita, hati-hati..ada masanya kerana terlalu banyak barang yang anda beli, part-part kecil contohnya clip yang ada di dalam "downlight" akan tertinggal...inilah yang berlaku kepada saya...huhuh tak de lah banyak masa tu beli dalam 40 unit downlight shj.

Masa tertinggal clip ni la rasa macam rasa angin satu badan sebab saya sudah memesan mereka agar mengira dengan betul, apa lagi bila terpaksa datang kali kedua semata-mata untuk mengambil sesuatu yang memang kita dah remind kat pekerja mereka semasa mereka packing and check, bukan senang untuk mereka mengaku kesalahan mereka..takkan lah saya nak makan clip tersebut...jadi dengan muka sedikit garang (sedikit sahaja tu),mereka terpaksa bagi juga pada saya, dan muka masing-masing tak puas hati untuk mengelakkan suaraku akan mengeluarkan pembesar suara di dalam kedai..biasalah dealing with them...you all jangan berlembut, naikkan sedikit suara..thats my point!

Sekitar gambar di dalam kedai Houses of Lightings Puchong




Cumanya, 
  • tiada khidmat penghantaran disediakan ke rumah kita - pastikan bawa kenderaan yang cukup luas untuk memuatkan barangan yang kita beli
  • tiada khidmat technican untuk memasang peralatan elektrik yang anda beli
  • tiada service after sales jika salah satu barang yang anda beli - contohnya kipas..anda kena deal direct dengan syarikat pengeluar kipas tersebut
  • tiada yang grand..kalau nak cari lampu yang utama yang kelas atau setaraf 5 bintang..ini bukan tempatnya - macam chandelier untuk mengimpresskan tetamu yang nak datang rumah anda (subhanallah aku tak galakkan..muhahahah..dose ok!)
Orait itu sahaja untuk segmen asas lampu dan kipas, apa-apapun memang jimat dan berbaloi beli di kedai Houses of Lightings di Puchong ni...


Ubahsuai rumah - lampu dan kipas Part 3





Friday 14 December 2012

Ubahsuai rumah Part 2



Sambung lagi untuk Ubahsuai Rumah..kali ini, sebelum kita buat sesuatu ubahsuai rumah,
senaraikan ikut keutamaan atau perkara asas untuk memasuki rumah baru anda, kalau duit sebesar gunung dan tak mahu bajet, terpulang pada ketebalan poket anda.

Senarai mengikut keutamaan:

  1. Barangan elektrik (jenis lampu, berapa unit kipas, door bell)...survey beli di kedai yg termurah di Puchong
  2. Katil - kebanyakan antara kita inginkan sentiasa yang baru, seeloknya tilam yang berkualiti, jika kita sudah ada tilam yang sedang digunakan, inilah masanya bertukar ke tilam yang baru, tilam digalakkan untuk ditukar setiap 5-10 tahun bergantung kepada keadaan tilam tersebut (shhh..anda yang tentukan!)
  3. Peti sejuk, mesin basuh dan aircond- yang ni perlukan sedikit bajet yang besar kerana penggunaannya bukan untuk setahun dua, alatan ini boleh mencecah usia lebih sedekad jika kita menjaganya dengan baik
  4. Grille atau jeriji besi - bagi kebanyakan rumah, meletakkan jeriji besi merupakan satu kemestian. Di sini, letakkan bajet dengan memilih mengikut keperluan. Lihat sekeliling rumah, kadang-kadang kita hanya perlu memasang hanya di bahagian bawah sahaja (jika rumah dua tingkat)
  5. Kabinet pakaian siap pasang / baju (built in wardrobe) - (optional pada yang mampu), bukan nak kata mahal tetapi jika kita memasang built in wardrobe, bilik akan nampak kemas berbanding dengan almari yang sedia ada, berkumungkinan besar akan banyak barangan bertindan di atas almari yang akan mengumpulkan habuk atau lebih sakit mata memandang...walaubagaimanapun, almari sedia ada yang masih boleh dipakai, masih boleh disuai padankan.
  6. Kabinet dapur - (optional pada yang mampu) jika tiada ubah suai, ambil ukuran dan meronda ke kesemua kedai kabinet dapur , jika tidak, hanya laburkan pada table top sahaja...sekurang-kurangnya bila sudah ada bajet, cuma pasangkan pintu dan laci sahaja.
  7. Dalam masa yang sama, dapur (cooker hob) dan penyedut asap (cooker hood), dapat kan yang terbaik, saya sudah menukarkan dua kali produk yang berjenama Rubine dalam masa setahun, ternyata kualiti tidak memuaskan kerana bahagian tempat kita meletakkan periuk (outer cap dan inner cap) menjadi cair dan melekat di bahagian base...huhuh..jadi pilih yang terbaik kerana ini ciri-ciri keselamatan perlu di ambil berat di bahagian ini...
  8. Langsir - kebanyakan antara kita melihatnya cantik terpasang di kedai..tapi awas, lihat pada kualiti dan juga aspek pencahayaan, rugilah kita jika sudah menempah kain yang tebal, yang akhirnya akan menggelapkan rumah kerana ditutupi sepenuhnya oleh "night curtain"..jadi..buat di bahagian yang perlu sahaja bukan mengikut mood kita...pengalaman saya langsir yang ditempah murah terutama di Nilai, tidak tahan lama, setahun dua, kain akan reput!..jadi fikir-fikirkanlah!

Seterusnya..ikut sahaja bajet yang telah anda buat...fikir dan susun atur ikut keperluan dan keutamaan sebelum masuk rumah baru.

Beringat...kita bukan tinggal untuk setahun dua dan inginkan "cuci kaki" atau semuanya lengkap, berdikit-dikit lebih baik dan kita ada banyak masa untuk berfikir dan mengelakkan keputusan segera atau ambil keputusan kerana penat!



Ubahsuai rumah Part 1 
Ubahsuai rumah Part 2 
Ubahsuai rumah - lampu dan kipas Part 3
Ubahsuai rumah Part 4 

 

Tuesday 4 December 2012

Ubahsuai rumah Part 1

Ubahsuai atau tidak? Bila anda membeli rumah baru?


Salam semua, kali ni saya nak berkongsi persediaan sebelum masuk rumah atau sebelum anda ambil keputusan untuk ubahsuai rumah. Saya bukanlah taiko seperti mana mereka yang mahir dalam bidang hartanah. Cuma ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang ada sebelum kita membuat keputusan mengubahsuai rumah yang kita beli.

Ini kali kedua saya dan membuat keputusan untuk mengubahsuai rumah juga sebelum menduduki tahun hadapan. Rumah ini saya beli sekitar Bangi, Selangor.



Apa-apa pun acara pertama setelah mendapat kunci rumah baru ialah anda diberi peluang untuk membuat komplen atau home defect rectification list. 

Permudahkan:
1) Cek semua suis elektrik, air, kebocoran
2) Cat, semen, pintu, kunci
3) Test semua toilet dan pili air memastikan semua berfungsi

Adalah lebih mudah jika anda bawa kamera, sebab penerangan tentang sesuatu kerosakan lebih mudah disertakan dengan gambar bukan? Jadi bila list atau senarai defect checking tu hendak diserahkan kepada pemaju beserta gambar, lebih mudah mereka memperbetulkan apa yang kita maksudkan.

Jangan lupa, sebelum menyerahkan defect checking tersebut, buat satu salinan untuk anda...eh! satu lagi..kunci pintu utama yang anda serahkan kepada pemaju..huhuhu anda disarankan tukar kepada kunci lain setelah anda menduduki rumah baru tu nanti..langkah berjaga-jaga manalah tahu si kepala hitam telah menduplikasikan kunci rumah anda...

Kebiasaanya waktu ini, adalah nanti tokey-tokey kontraktor atau wakilnya akan menghampiri anda untuk menawarkan pakej ubahsuai mereka, ...NANTI DULU!!!! JANGAN BUAT KEPUTUSAN SEGERA!!!

Kenapa?

1. Selidik Jaminan di dalam S&P (Home Warranty)
Sedikit pengetahuan untuk anda yang baru mendapat kunci, perhatikan kepada kandungan S&P (Perjanjian Jual Beli Rumah), sebarang ubahsuai rumah akan menyebabkan sebahagian/atau keseluruhan jaminan selepas penyerahan kunci akan terbatal.

Home warranty selalunya bergantung terkandung dalam perjanjian, ada24 bulan (2 tahun),  ada 36 bulan tetapi tertakluk kepada syarat yang saya nyatakan iaitu ubahsuai, jika ubahsuai berlaku, syarat jaminan tadi KEMUNGKINAN TERBATAL

2. Buat perbandingan rekabentuk ubahsuai dan praktikal
  • Jika anda masih ada waktu untuk bersabar, rajin-rajinlah melawat jiran-jiran bersebelahan (dalam masa yang sama berkenalan dengan jiran baru anda), untuk melihat rekabentuk yang praktikal untuk ubahsuai nanti.  
  • tentukan bahagian penting yang hendak di ubahsuai..jika ada pecahkan ikut fasa...buat satu persatu ikut keutamaan..jika bajet lebih...hentam perabih duit anda..hahaha
  • Jika anda yang berimaginasi tinggi - bayangkan anda berada di rumah yang sudah diubahsuai, lihat jika tingkap toilet anda tidak berada di dalam rumah supaya pengudaraan nyaman tidak "terkurung" di dalam rumah. 
  • Pencahayaan - anda tidak mahu berada di dalam bilik yang mana tiada tingkap atau tingkapnya mengadap di dalam rumah sendiri..faham? Untuk lebih faham, jika kita berada di bilik tersebut, tak kira siang atau malam, kita terpaksa memasang lampu kerana bilik menjadi gelap...faham maksud saya sekarang?
  • kebiasaannya rumah baru, manhole (lubang yang bertakung air dari gutter atau tandas) berada di luar rumah, tetapi akibat dari penambahan ubahsuai rumah menyebabkan berada dalam rumah..ambil kisah juga kerana kemungkinan akan menyebabkan bau yang kurang enak jika tersalah "setting" dalam pelan ubah suai nanti 
  • praktikaliti, kadangkala dapur yang besar tetapi jarang digunakan secara keseluruhan adalah pembaziran. Jadi, fikir rekabentuk yang sesuai dengan anda
  • suiz elektrik tambahan mengikut alatan elektrik yang anda gunakan (oven, rice cooker, microwave, cerek elektrik, hood), sebaiknya satu setiap alat elektrik dan tidak berkongsi atau berselirat.

3. Budget 10%
Rule of thumbs untuk ubahsuai rumah adalah 10%-20% dari nilai rumah anda. Kenapa? Sebab jika anda habiskan budget untuk ubahsuai interior (hiasan dalaman) dengan kos yang tinggi, ianya tidak menambah nilai harta anda.  Faham, rumah ku syurga ku..tapi alangkah baiknya duit budget lebihan itu digunakan untuk tujuan lain?

4. Perbandingan harga dan kualiti
Kualiti adalah subjektif, bergantung kepada penilaian seseorang. Pada pandangan kasar, kesemua hasil kerja akan nampak berkualiti ketika hari pertama anda menjejaki rumah anda...

Kualiti hanya dapat dinilai setelah bertahun-tahun (berapa lama??? 5-8 tahun)..pada waktu ini jika yang tidak berkualiti..sambungan ubahsuai yang kita buat antara semen baru dan lama (simen asal) akan menyebabkan peta..kemudian merekah..kemudian kemungkinan terbelah dua..aduh!!! waktu yang sukar dibayangkan...mari sini saya bagi visual yang lebih teruk....

Bayangkan sambungan antara dapur lama dan dapur asal...akan terdapat rekahan seperti satu garisan peta...disapu simen putih, dicat kembali..hilang..datang lagi..rekahan terjadi lagi sehinggalah "tiles" kita pula merekah...dan lebih dasyat...siling pun boleh mengikut rekahan..waktu itu baru kita sedar...grrrrr...kualiti vs harga.

Ada orang kata kalau kontraktor cina lebih mahal dan berkualiti kerana pekerjanya di kalangan bangladesh atau cina berbanding dengan hasil tenaga kerja indonesia atau kontraktor melayu. Ini juga subjektif...antara anda di ketuk atau anda di tipu...diketuk dengan harga mahal atau ditipu dengan kerja yang lambat atau ditinggalkan terus kerana kontraktor sudah tiada modal untuk rolling..adusss!!

Ok..next saya sambung...kita tengok pula bahagian kedua..Ubahsuai rumah Part 2 


Ubahsuai rumah - lampu dan kipas Part 3
Ubahsuai rumah Part 4




Monday 3 December 2012

SCAM Penipuan di Internet Part 2

Sambungan dari Part 1, tapi kali ini individu mungkin berbeza, kerana scam online ni menggunakan penipuan secara online...macammana ya...baca selanjutnya..


Seperti yang di janjikan, memang saya mahu kenakan scammer ini. Bermula dengan mendapat sms kali kedua. Kali ini menggunakan no mobile dia agaknya.


Mulanya ingat kan nama dia Abel seperti tertera, maka ku mulakan episod lakonan ku hahahah.

Permulaan aku letak harga berlainan seperti yang di iklan, kononnya ajak datang tengok kereta yang nak diiklankan...huhuu


Seperti yang ku jangka, mesti dia akan kata, dia duduk luar negeri.



amadnorsiah@yahoo.com
Nov 1 (3 days ago)


to me
Am presently in united kingdom so I can not come to test the vehicle
but if you are very sure the vehicle is in good condition tell me the
final price you want to sell the vehicle because am sending the car to
my husband who is based in Philippines, so I will arrange a pick up agent to
collect the vehicle from you after you have received the payment made
to you. And the pick up agent fee will be included in the payment made
to your account so that you can pay them for the service when they
come to collect the vehicle from you also the pick up agent will
prepare all documents regards the change of ownership and shipping the
vehicle to the new owner as all these fees will be included in the
pick up agent fees made to you, so I want you to get back to me with
the final price of the vehicle then we can proceed with the
transaction. Thanks hope to hear from you soon.


Ha..kan aku dah agak, mesti kata duk luar negara, dan klue dia akan mengatakan akan uruskan agen untuk mengambil kenderaan tu (pick up agent), siap cakap yuran tambahan untuk mengambil bagi urusan penghantaran...macam-macam cara penipuan online ni kan...

Sebahagian perbualan penipuan online yang saya ambil...nak cerita detail karang jadi skrip drama pula.



atau cuba baca ini:-

i have made the payment, the bank should contact you with 2 e-mails  and 1 from the pick up agent, then you should also book an appointment with the citylink express, so that they can know when to come to collect the car, after your account has been credited with the money. so now you need to activate the payment. to activate the payment, you need to make an advance payment of 60% to the pick up agent then scan the payment receipt to the fund transfer unit of the bank:
rbs_fundtransfer@rocketmail.com then your payment will be released into your account. the pick up agent fee has already been included in the payment made to you,you have to make an advance payment to the pick up agent then scan the payment receipt to the fund transfer unit, before your account can be credited, this is the new policy by British government before any money can get out of united kingdom to any oversea, so all you need to do is pay to the pick up agent information provided to you by the bank then send the scanned receipt of the payment to the bank by e-mail:
rbs_fundtransfer@rocketmail.com, then they will release the payment into your account within 24hours you can then cash out the money from ATM or local bank, also you need to fill the appointment form given to you by the pick up agent. get back to me if you are still not clear with the details. Thanks

Tekniknya hampir sama:
  1. bayaran dari pembeli hantu (si penipu scam online) sudah di bank in kan kepada kita (termasuk caj-caj tambahan untuk 
  2. apa juga alasan untuk mengambil barang akan diuruskan oleh agen pick up
  3. mereka akan menghantar melalui email lain (contohnya bank) mengatakan pembayaran sudah dilakukan ke akaun kita
  4. dalam masa yang sama akan ada email kononnya dari pick-up agen yang akan mengambil barang kita, maka kita perlu membayar caj (bayaran pendahuluan bagi kos pickup) 
  5. pembeli hantu tu memberikan akaun dia yang mana pembayaran caj pendahuluan (advance payment lah kononnya) perlu kita lakukan sama ada menggunakan PayPal atau Western Union...wuhuhuhh
Mereka (si scam online) ni sudah ada info bank mana di Malaysia ni yang ada khidmat Western Union contohnya...hahah waktu ni lah kalau iman tidak ada, keterujaan kita tidak di kawal...kita dengan menonongnya (betulkah gambaran ku)...akan terus ke bank..hanguslah duit kita RM1-2 ribu hasil usaha petik keybord jer si mamat scammer online tu.
 
So hati-hati...banyak lagi yang berlaku cara-cara penipuan secara online ni..jadi hati-hati bukan sahaja di jalan raya (AES pun korang nak panggil scammer ke)...di dalam online pun kena pau...
 
 

Thursday 1 November 2012

SCAM Penipuan di Internet - Part 1

Salam sejahtera. Kali ini saya terpangil untuk berkongsi ilmu yang ada berkenaan penipuan di internet atau nama glamer yang terhangat di pasaran di panggil "SCAM"...cakap bunyi nya macam orang Terengganu... "sekeng".

Ini adalah kisah saya sendiri. Permulaan saya membantu sahabat saya menjual kereta dia di internet. Maka tunggulah respond daripada pembeli yang berminat. Maka satu yang pelik telah berlaku..pagi2 hari saya menerima SMS berbunyi seperti di bawah.

Permulaan tu saya tertanya-tanya..macammana orang ni hantar SMS tapi no mobile dia tak tertera


Apa pun saya layan juga respond melalui email sebab saya ni jenis suka melayan....layan...
So setelah aku bagi sebut harga yang terbaik dari ladang tu..maka di jawab oleh si SCAMMER ni
melaine west <melainewest@gmail.com> wrote:

Thanks for the swift response...I am willing to know the lowest price of it.due to the nature of my job and location...i will not be able to come for inspection,am a very busy type as i work long hours everyday,I am already in talks with the courier that will handle the pick up.I can pay you through direct bank deposit,using PayPal Instant wire transfer service, I will need your bsb and account number.If you are not comfortable with that, you can set up a paypal account proper at www.paypal.com.my and I will make the payment through paypal, this way, all I will need is your paypal email address,so i can proceed with the payment and contact the courier agent who will come to pick it up and deliver it in my place.

Regards,
Thanks.

Ooo busy pulak dia ya..ayat standard dia..sibuk tak sempat nak datang tengok barang yang dia nak beli...selalunya target dia barangan yang mahal2 macam kereta, motor atau kereta yang puluhan ribulah...Siap tanya dulu, dari Malaysia ke tidak, nanti susah seller aku nak transfer kat JPJ atau Bank ke nanti


On Mon, Oct 22, 2012 at 2:31 AM, Ajerra8959 <ajerra8959@gmail.com> wrote:
Are you from Malaysia? My first question pertaining to the transfer of ownership..how do I arrange to transfer to your name?


Dah siap kita jawab dengan sebutharga yang kita nak terus jer dia akan jawab standard dia...nak bank detail kita..macam hareem jerk.
  
melaine west <melainewest@gmail.com> wrote:

Hello i just got your mail now...how i wish to come and view this 

merchandise but am out of state now....am a marine engineer busy sailing,am 

in a ship right now at Bermuda......I will also like you to know that i 
will be paying via PayPal instant transfer ...due to the distance as i am in Bermuda 
presently...I will need you to provide me with the following information to 
facilitate the Payment...Your (Bsb and Account number)...

I will like you to know that you will not be responsible for shipping i 
will have my mover come over as soon as you have the Payment...

Have a nice day.



Terus cakap, standard SCAM ayat ni sama sahaja, tak pernah berubah..dia akan cakap, saya jauh, sibuk tak dapat tenguk barang yang dia nak beli. Wah kali ni duk sibuk kat BERMUDA..nasib baik kau tak kena telan kat BERMUDA Triangle tu..Yang kes ni sibuk nak minta kita bagi akaun PayPal kononnya nak bayar kita melalui cara itu lah.

Ayat standard SCAM lagi, dia akan cakap ada agen courier lah yang , agent shipment lah..menatang haram jer guna agen ya....

So aku ni saja tak mahu masuk Paypal..kalau dulu penpal ade lah (kawan2 surat menyurat zaman dulu2)..so aku kata lah tak dekk...tapi nak duga juga dia akan bagi tak detail info dia..so aku pun tanya


I dont have the paypal and not interested to setup paypal account. I only have local bank here in malaysia.

Btw..can i have your details
Name
Address
Mobile no


So dia pun reply dan membiarkan soalan aku tanpa di jawab sebaliknya nak close deal kononnya nak BANK IN kan duit dia ke akaun aku ler tu

melaine west

<melainewest@gmail.com>
Mon, Oct 22, 2012 at 12:38 PM
To: XXX <XXX@gmail.com>
Thanks for the mail, get back to me with the details of your Bank below for the payment:
Account Name: 
Account Number:
Bank Name:
Swift Code:
Bank Address:
Total Cost:

Stage ni menakutkan aku, bukan apa, kut-kut dia dumb dia HARAM...dia kat akaun dia tetiba plak jadi kes PENGGUBAHAN WANG HARAM...manalah tahu di parkingnya duit HAREEM JADAH hasil jualan dadah ke kat akaun aku kan nyanya 
Masa tu terfikir nak GOOGLE carian nama melainewest...alhamdulillah..itu gerakan hati dari Allah juga

BODOH ANAK BANGANG si SCAMMER ni tak pula tukar nama dia kat email, asyik guna nama saya...dey...bodoh hey....nak menipu tu pandai2lah sikit..

Cara sama, pola ayat yang sama, kandungan email yang sama...kenapalah korang scammer ni tak gi sekolah menengah..kurang-kurang rekalah pola ayat lain pula


kat sini pun nama dia ada



kat sini ayat main copy paste jer

isk..isk..isk..tak graduate lagi lah korang jadi SCAMMER..kena sambung belajar lagi..hahaha

Lepas tu....apa yang aku buat..aku copy paste email2 dia yang sudah-sudah dengan meninggalkan ayat termanis supaya menjadikan kenangan seumur hidupnya iaitu FU** WORD, BAST### WORD....all the CARUT-MARUT habis keluar dari mulut ku...epik FAIL..nak scam ngan aku yer.

Sebenarnya aku silap juga, patutnya aku dah tahu dia tipu aku....patutnya aku layan TIPU dia balik...so next time aku akan buat cam tu...hehehe tunggu sebab aku tahu dah corak pemikiran SCAMMER ni...nantikan keluaran cerita akan datang sebab SCAMMER kedua dah datang...
see kat bawah tu...hahaha kali ni aku akan KENAKAN ko pulak..tunggu cerita akan datang!



Saturday 13 October 2012

KepadaMu kuBerserah Hajat Kami

Pernahkah kita terfikir, apabila kita melihat kesengsaraan orang lain, maka zat "kasih sayang" terus menyentuh satu ruang di dalam hati kita lalu lahir perasaan "simpati".

Jika anda ada perasaan itu, Alhamdulillah...anda masih lagi layak bergelar manusia. Manusia ini telah memberikan sebahagian hartanya ke jalan Allah s.w.t. Demi sebuah kebaikan yang di cari ketika kita masih hidup di dunia.

Sebaik-baik manusia adalah memberi manafaat kepada orang lain.

 
“أحب الناس إلى الله  أنفعهم للناس”
“Manusia yang paling dicintai Allah adalah yang paling bermanfaat”

Maka sahabat yang merupakan Konsultan dari Genneva ini menyalurkan sumbangan dari pendapatan utama nya kepada sekolah Tahfiz Darul Quran. Lot 4209, Jalan merbuk, Batu 9 Kebun Baru, 42500 Teluk Panglima Garang, Selangor

iLuvGOLD.blogspot


Begitu juga saranan Rasulullah s.a.w. Dan beliau SAW membuat beberapa contoh menurut kadar kemampuan seseorang:

فَيَعْمَلُ بِيَدَيْهِ فَيَنْفَعُ نَفْسَهُ وَيَتَصَدَّقُ…فَيُعِيْنُ ذَا الْحَاجَةِ الْمَلْهُوْفِ
Maka ia bekerja dengan kedua belah tangannya, memberi manfaat kepada dirinya dan bersedekah…menolong orang yang sangat memerlukan…”


Pernah kah kita berfikir, jika perbuatan kita itu nanti menutup pintu rezeki kepada anak-anak tahfiz yang suci ini?


Kemungkian ada antara mereka terdiri daripada anak yatim, yatim piatu atau dari latar belakang keluarga yang miskin. Sanggupkah kita meneruskan perbuatan menutup laluan rezeki yang telah sahabat dari Genneva hulurkan kepada mereka...sanggupkah? 

Maka jika ada penutupan di hati mu perasaan kasih sayang ini, maka pernah kah kita mendengar dan yakin..doa orang-orang yang teraniya adalah yang amat dimakbulkan?

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya sekalipun dia kafir, kerana sesungguhnya doa orang yang teraniaya tidak dihalangi."

Riwayat Ahmad, Abu Ya'laa dan Dliya dari Anas
 
 

 


 
Maka sahabat seperjuangan semua..berdoalah..kerana ALLAH MAHA MENDENGAR!

Simpati dan Perli

Bila terjadi sesuatu yang menimpa kepada kita, saya bagi contoh apa yang berlaku kepada pelanggan Genneva atau Konsultannya..maka sahabat yang mengetahui mereka yang terlibat ini, mula lah menelefon bertanya khabar...nada nya bunyi seperti bertanya dan terus berkata;

"Itulah, nasib baik saya dah...so and so..."
"Dulu pun saya dah bagitahu awak, nasib baik....so and so"
"Apa biz yang you buat dulu tu?...Ha...kan I dah agak"

Busybody

Sifat "busy body" ni tidak membantu di saat ini, malah seperti kata omputeh "do not put salt on other people wound"..., bagaimana rasa bila kita meletakkan garam ditempat yang luka..pedih kan..jadi..jaga bahasa bila berkata. Mereka yang saya katakan busybody ini tidak kira saudara, kawan atau musuh hanya inginkan pendapat mereka di terima sahaja...walaupun jika nanti kita melakukan biz lain..orang ni jugaklah yang akan mengelak atau melarikan diri atau lebih sadis...mendoakan kita jatuh juga...hmmm

Begitu juga, orang seperti inilah bila mereka syak (walaupun tidak betul) ada antara sahabatnya, ahli keluarga mereka dalam kesusahan sehingga terpaksa berhutang...golongan "busybody" inilah yang akan menjauhkan diri....Inilah sahabat di dunia sahaja...sahabat di kala kita senang!



Jadi, kategori apakah mereka ini? Penakut, Pengampu, Pengumpat, Busybody?
Shhhh...jauh-jauhlah...jika kamu antara tergolong dalam kumpulan ini...usah bercakap soal nak senang, simpan duit dalam Bank sahaja. 

Pada yang menyokong dan bersimpati, ambil lah ini sebagai satu pertolongan yang kecil dalam membantu memberi sokongan moral di saat mereka di dalam kesempitan dan amat berharap sinar menanti.

Kepada pihak berkuasa, anda juga manusia, bukan robot..Manusia yang mempunyai perasaan..adakah kerana ingin mencapai KPI anda, mengejar kenaikan pangkat, maka kenaikan gaji...lihatlah mereka yang telah anda aniaya.

Ada orang kata, "anda boleh berikan pelbagai alasan atas nama memberi perlindungan atau kepentingan kepada orang awam", tetapi sebenarnya itu adalah alasan yang diciptakan sahaja.

Adakah kepentingan mereka yang amat-amat memerlukan seperti mereka ini yang bergantung kepada hibah yang diterima setiap bulan di lihat sebagai sampah sahaja?

Sejauh mana anda bersimpati dengan mereka?



Thursday 11 October 2012

Dengarlah luahan hati mereka

Begitu besar sumbangan Genneva kepada rakyat Malaysia. Pernahkah kita membayangkan apa akan jadi selepas kita pencen. Adakah cukup dengan simpanan yang telah kita ada sekarang dan baki hari/bulan/tahun kerja yang akan kita akhiri...pencen!

Berbanding dengan kakitangan kerajaan yang mendapat pencen selepas mereka bersara tetapi tidak bagi pekerja swasta. Berapakah jumlah kewangan (duit simpanan) yang kita perlu ada untuk MENAMPUNG KEHIDUPAN kita apabila kita pencen nanti. 

Bayangkan jika kita mempunyai RM500 ribu simpanan semasa kita pencen, berapa lamakah dengan duit simpanan tersebut mampu MENAMPUNG KEHIDUPAN SELEPAS PENCEN? 3 tahun, 5 tahun atau lebih 10 tahun...jika kita

Dengan RM500 ribu simpanan

RM 8000 setiap bulan kita dapat belanjakan SELAMA TEMPOH 5 TAHUN shj!
RM 5200 setiap bulan kita dapat belanjakan SELAMA TEMPOH 8 TAHUN shj!
RM 4000 setiap bulan kita dapat belanjakan SELAMA TEMPOH 10 TAHUN shj!

Persoalan, cukupkah dengan berjimat dengan RM4000 perbelanjaan kita sebulan...setelah umur kita pada waktu di USIA TUA yang secara khususnya PERBELANJAAN PERUBATAN SEMAKIN MENINGKAT!

Maka insan seperti ini mencari pendapatan sampingan yang tidak memerlukan masa dan tenaga yang banyak yang sesuai dengan USIA dan TENAGA mereka.

Dengarlah luahan mereka..jika anda mempunyai ayah atau datuk seperti beliau ini..bayangkan jika anda menganiyai mereka dengan menutup pintu rezeki yang mereka cari...bayangkan!!

Sesungguh setiap manafaat yang diperolehi dari Genneva amat besar maknanya buat mereka.


Wednesday 10 October 2012

Gegaran Bank Negara Malaysia

Tanggal 1 Oktober 2012, mencatat satu sejarah pahit buat syarikat Genneva Malaysia Sdn Berhad (GMSB) apabila di katakan telah di serbu oleh Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk tujuan siasatan.

Untuk rekod, semua peralatan, dokumen dan akaun bank syarikat telah dibekukan sementara penyiasatan dilakukan. Bermakna, tiada urusan operasi, tiada lagi urusan jual beli bahkan tiada hibah yang boleh disalurkan kepada pelanggan Genneva.

Pernahkah ANDA TERFIKIR?
Syarikat yang bertapak kukuh dengan memberi manafaat kepada lebih 60,000 orang. Apa manafaat yang diberikan? Dengan membeli emas di Genneva, syarikat Genneva dengan berbesar hati (atas budibicara syarikat) memberikan hibah kepada pelangan setiap bulan.

Pendapatan melalui hibah ini lah yang digunakan oleh pelanggan Genneva bagi melangsaikan hutang PTPTN, ada yang menggunakan untuk menanggung perbelanjaan ribuan ringgit bagi perubatan ibubapa mereka yang sakit kronik seperti dialisis, menjelaskan yuran pembelajaran anak-anak mereka di sekolah dan pusat pengajian tinggi dan lebih membanggakan, dengan hibah inilah ada pihak menyalurkan bagi pihak yayasan anak-anak yatim. Banyak kebaikan yang tidak dapat saya nyatakan...ternyata AMAT BANYAK!!!

Bayangkan jika syarikat Genneva di musnahkan oleh tangan-tangan ghaib yang tidak berperikemanusian atas nama melindungi pihak pengguna..adakah ianya jalan yang terbaik untuk melakukannya? 

Jika ada kesalahan di dalam sesetengah perkara, pihak yang berkuasa atau bertanggung jawab membantu atau membimbing ke jalan yang betul atau memberi garis panduan yang jelas supaya syarikat yang telah memberikan sumbangan yang besar kepada rakyat dan ekonomi ini dapat menyumbangkan lebih banyak manafaat kepada negara.

Pelanggan menanti dengan penuh berdebar dan sudah timbul riak-riak kebencian ke atas pihak berkuasa terutama pihak Bank Negara Malaysia. Ini mencatatkan rekod, selalunya kita lihat, pelanggan akan marah dengan syarikat tetapi kali ini...mereka semua BERPADU, BERSEPAKAT dan BERSATU menyokong syarikat Genneva kerana bagi pelanggan yang memahami, Genneva tidak bersalah selagi tiada bukti yang menyatakan syarikat melakukan kesalahan.

Selama berurusan sejak di tubuhkan, syarikat Genneva tidak pernah gagal membayar hibah setiap bulan, tidak pernah gagal untuk membeli semula emas (walaupun tiada istilah buy-back guarantee) dan tidak pernah gagal memberikan emas yang dibelikan oleh pihak pelanggan..

Lihat keluhan pelanggan yang menyokong Genneva