Monday 4 February 2013

Bersawang sebelum dan selepas pindah?



Kenapa saya cakap bersawang? Bersawang dengan blog ni sebab lama sudah saya tinggalkan untuk update. Banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum, semasa dan selepas pindah rumah. Alhamdulillah tanggal 31hb Disember 2012, walaupun waktu persiapan yang singkat..saya pindah rumah ke Bangi.

Terima kasih kepada keluarga mertua yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan tenaga...superb! Allah swt datangkan pertolongan ini tanpa disangka-sangka. 

InsyaAllah saya akan updatekan satu persatu, walaupun ianya tidak sistematik. Rumah pun sudah di lengkapi internet..tu pun cabaran juga sebab kawasan saya ini tiada khidmat streamyx dan saya tidak akan mengulangi trauma melanggan Celcom Broadband yang slow macam siput...jadi tiada pilihan, jalur lebar Unifi terpaksa di pilih antara TM dan Maxis yang turut menawarkan khidmat yang sama, mungkin jika Maxis turut menawarkan saluran TV akan ku pertimbangkan juga.

Apa-apa pun perasaan rindu kepada rumah lama masih ada, banyak kenangan yang mengukir seribu satu cerita. Biarlah saya simpan dan jadikan panduan di rumah baru ini...rumah baru ke? Sudah hampir setahun rumah ini siap, tetapi baru sekarang saya boleh membuat keputusan menjadi warga Bangi!


No comments:

Post a Comment