Monday 3 December 2012

SCAM Penipuan di Internet Part 2

Sambungan dari Part 1, tapi kali ini individu mungkin berbeza, kerana scam online ni menggunakan penipuan secara online...macammana ya...baca selanjutnya..


Seperti yang di janjikan, memang saya mahu kenakan scammer ini. Bermula dengan mendapat sms kali kedua. Kali ini menggunakan no mobile dia agaknya.


Mulanya ingat kan nama dia Abel seperti tertera, maka ku mulakan episod lakonan ku hahahah.

Permulaan aku letak harga berlainan seperti yang di iklan, kononnya ajak datang tengok kereta yang nak diiklankan...huhuu


Seperti yang ku jangka, mesti dia akan kata, dia duduk luar negeri.



amadnorsiah@yahoo.com
Nov 1 (3 days ago)


to me
Am presently in united kingdom so I can not come to test the vehicle
but if you are very sure the vehicle is in good condition tell me the
final price you want to sell the vehicle because am sending the car to
my husband who is based in Philippines, so I will arrange a pick up agent to
collect the vehicle from you after you have received the payment made
to you. And the pick up agent fee will be included in the payment made
to your account so that you can pay them for the service when they
come to collect the vehicle from you also the pick up agent will
prepare all documents regards the change of ownership and shipping the
vehicle to the new owner as all these fees will be included in the
pick up agent fees made to you, so I want you to get back to me with
the final price of the vehicle then we can proceed with the
transaction. Thanks hope to hear from you soon.


Ha..kan aku dah agak, mesti kata duk luar negara, dan klue dia akan mengatakan akan uruskan agen untuk mengambil kenderaan tu (pick up agent), siap cakap yuran tambahan untuk mengambil bagi urusan penghantaran...macam-macam cara penipuan online ni kan...

Sebahagian perbualan penipuan online yang saya ambil...nak cerita detail karang jadi skrip drama pula.



atau cuba baca ini:-

i have made the payment, the bank should contact you with 2 e-mails  and 1 from the pick up agent, then you should also book an appointment with the citylink express, so that they can know when to come to collect the car, after your account has been credited with the money. so now you need to activate the payment. to activate the payment, you need to make an advance payment of 60% to the pick up agent then scan the payment receipt to the fund transfer unit of the bank:
rbs_fundtransfer@rocketmail.com then your payment will be released into your account. the pick up agent fee has already been included in the payment made to you,you have to make an advance payment to the pick up agent then scan the payment receipt to the fund transfer unit, before your account can be credited, this is the new policy by British government before any money can get out of united kingdom to any oversea, so all you need to do is pay to the pick up agent information provided to you by the bank then send the scanned receipt of the payment to the bank by e-mail:
rbs_fundtransfer@rocketmail.com, then they will release the payment into your account within 24hours you can then cash out the money from ATM or local bank, also you need to fill the appointment form given to you by the pick up agent. get back to me if you are still not clear with the details. Thanks

Tekniknya hampir sama:
  1. bayaran dari pembeli hantu (si penipu scam online) sudah di bank in kan kepada kita (termasuk caj-caj tambahan untuk 
  2. apa juga alasan untuk mengambil barang akan diuruskan oleh agen pick up
  3. mereka akan menghantar melalui email lain (contohnya bank) mengatakan pembayaran sudah dilakukan ke akaun kita
  4. dalam masa yang sama akan ada email kononnya dari pick-up agen yang akan mengambil barang kita, maka kita perlu membayar caj (bayaran pendahuluan bagi kos pickup) 
  5. pembeli hantu tu memberikan akaun dia yang mana pembayaran caj pendahuluan (advance payment lah kononnya) perlu kita lakukan sama ada menggunakan PayPal atau Western Union...wuhuhuhh
Mereka (si scam online) ni sudah ada info bank mana di Malaysia ni yang ada khidmat Western Union contohnya...hahah waktu ni lah kalau iman tidak ada, keterujaan kita tidak di kawal...kita dengan menonongnya (betulkah gambaran ku)...akan terus ke bank..hanguslah duit kita RM1-2 ribu hasil usaha petik keybord jer si mamat scammer online tu.
 
So hati-hati...banyak lagi yang berlaku cara-cara penipuan secara online ni..jadi hati-hati bukan sahaja di jalan raya (AES pun korang nak panggil scammer ke)...di dalam online pun kena pau...
 
 

6 comments:

  1. aku baru jer kina mmang kuang hajar btul crita beria2 nk beli..

    ReplyDelete
  2. yang penting kita belajar lebih berhati-hati..terlalu ramai di luar sana akan "con" kita dengan pelbagai cara sehingga istilah consultant di permain-mainkan menjadi sultan of the con = con+sultan

    ReplyDelete
  3. sy mendapat email seperti ini untuk membeli jam milik saya,saya telah memberi no akaun bank saya untuk dia bank in duit..selepas itu,saya mendapat email drpda royal bank of scotland bahawa sy prlu memberi tracking number barang tersebut sblm duit dimasukkan ke dalam akaun sy..ini bermakna sy telah ditipu kan??bolehkah sy mengabaikan nya??ini bermaksud dia tidak memasukkan lgi duit nya kan??

    ReplyDelete
  4. saya pun dah terkena... nak jual lappy.. samalah situasi pasal bank Scotland tu..
    Minta kita bagi no receipt bagai. baru duit leh release. Yang munsykilkan aku mana dia tau aku nk guna pos malaysia.. siap pandai2 letak kat notification bank tu...
    rasa x sedap hati terus cari info. Alhamdulillah masih belum terlambat.. kalo tak selamat barang aku.. duit pos pun hangus..
    paling aku benci diorang main2kan kalimah Allah... kata dia bukan penipu. =(

    ReplyDelete
  5. Scam ini. Baru saja saya kena ini..

    ReplyDelete