Tuesday 4 December 2012

Ubahsuai rumah Part 1

Ubahsuai atau tidak? Bila anda membeli rumah baru?


Salam semua, kali ni saya nak berkongsi persediaan sebelum masuk rumah atau sebelum anda ambil keputusan untuk ubahsuai rumah. Saya bukanlah taiko seperti mana mereka yang mahir dalam bidang hartanah. Cuma ingin berkongsi sedikit pengetahuan yang ada sebelum kita membuat keputusan mengubahsuai rumah yang kita beli.

Ini kali kedua saya dan membuat keputusan untuk mengubahsuai rumah juga sebelum menduduki tahun hadapan. Rumah ini saya beli sekitar Bangi, Selangor.



Apa-apa pun acara pertama setelah mendapat kunci rumah baru ialah anda diberi peluang untuk membuat komplen atau home defect rectification list. 

Permudahkan:
1) Cek semua suis elektrik, air, kebocoran
2) Cat, semen, pintu, kunci
3) Test semua toilet dan pili air memastikan semua berfungsi

Adalah lebih mudah jika anda bawa kamera, sebab penerangan tentang sesuatu kerosakan lebih mudah disertakan dengan gambar bukan? Jadi bila list atau senarai defect checking tu hendak diserahkan kepada pemaju beserta gambar, lebih mudah mereka memperbetulkan apa yang kita maksudkan.

Jangan lupa, sebelum menyerahkan defect checking tersebut, buat satu salinan untuk anda...eh! satu lagi..kunci pintu utama yang anda serahkan kepada pemaju..huhuhu anda disarankan tukar kepada kunci lain setelah anda menduduki rumah baru tu nanti..langkah berjaga-jaga manalah tahu si kepala hitam telah menduplikasikan kunci rumah anda...

Kebiasaanya waktu ini, adalah nanti tokey-tokey kontraktor atau wakilnya akan menghampiri anda untuk menawarkan pakej ubahsuai mereka, ...NANTI DULU!!!! JANGAN BUAT KEPUTUSAN SEGERA!!!

Kenapa?

1. Selidik Jaminan di dalam S&P (Home Warranty)
Sedikit pengetahuan untuk anda yang baru mendapat kunci, perhatikan kepada kandungan S&P (Perjanjian Jual Beli Rumah), sebarang ubahsuai rumah akan menyebabkan sebahagian/atau keseluruhan jaminan selepas penyerahan kunci akan terbatal.

Home warranty selalunya bergantung terkandung dalam perjanjian, ada24 bulan (2 tahun),  ada 36 bulan tetapi tertakluk kepada syarat yang saya nyatakan iaitu ubahsuai, jika ubahsuai berlaku, syarat jaminan tadi KEMUNGKINAN TERBATAL

2. Buat perbandingan rekabentuk ubahsuai dan praktikal
  • Jika anda masih ada waktu untuk bersabar, rajin-rajinlah melawat jiran-jiran bersebelahan (dalam masa yang sama berkenalan dengan jiran baru anda), untuk melihat rekabentuk yang praktikal untuk ubahsuai nanti.  
  • tentukan bahagian penting yang hendak di ubahsuai..jika ada pecahkan ikut fasa...buat satu persatu ikut keutamaan..jika bajet lebih...hentam perabih duit anda..hahaha
  • Jika anda yang berimaginasi tinggi - bayangkan anda berada di rumah yang sudah diubahsuai, lihat jika tingkap toilet anda tidak berada di dalam rumah supaya pengudaraan nyaman tidak "terkurung" di dalam rumah. 
  • Pencahayaan - anda tidak mahu berada di dalam bilik yang mana tiada tingkap atau tingkapnya mengadap di dalam rumah sendiri..faham? Untuk lebih faham, jika kita berada di bilik tersebut, tak kira siang atau malam, kita terpaksa memasang lampu kerana bilik menjadi gelap...faham maksud saya sekarang?
  • kebiasaannya rumah baru, manhole (lubang yang bertakung air dari gutter atau tandas) berada di luar rumah, tetapi akibat dari penambahan ubahsuai rumah menyebabkan berada dalam rumah..ambil kisah juga kerana kemungkinan akan menyebabkan bau yang kurang enak jika tersalah "setting" dalam pelan ubah suai nanti 
  • praktikaliti, kadangkala dapur yang besar tetapi jarang digunakan secara keseluruhan adalah pembaziran. Jadi, fikir rekabentuk yang sesuai dengan anda
  • suiz elektrik tambahan mengikut alatan elektrik yang anda gunakan (oven, rice cooker, microwave, cerek elektrik, hood), sebaiknya satu setiap alat elektrik dan tidak berkongsi atau berselirat.

3. Budget 10%
Rule of thumbs untuk ubahsuai rumah adalah 10%-20% dari nilai rumah anda. Kenapa? Sebab jika anda habiskan budget untuk ubahsuai interior (hiasan dalaman) dengan kos yang tinggi, ianya tidak menambah nilai harta anda.  Faham, rumah ku syurga ku..tapi alangkah baiknya duit budget lebihan itu digunakan untuk tujuan lain?

4. Perbandingan harga dan kualiti
Kualiti adalah subjektif, bergantung kepada penilaian seseorang. Pada pandangan kasar, kesemua hasil kerja akan nampak berkualiti ketika hari pertama anda menjejaki rumah anda...

Kualiti hanya dapat dinilai setelah bertahun-tahun (berapa lama??? 5-8 tahun)..pada waktu ini jika yang tidak berkualiti..sambungan ubahsuai yang kita buat antara semen baru dan lama (simen asal) akan menyebabkan peta..kemudian merekah..kemudian kemungkinan terbelah dua..aduh!!! waktu yang sukar dibayangkan...mari sini saya bagi visual yang lebih teruk....

Bayangkan sambungan antara dapur lama dan dapur asal...akan terdapat rekahan seperti satu garisan peta...disapu simen putih, dicat kembali..hilang..datang lagi..rekahan terjadi lagi sehinggalah "tiles" kita pula merekah...dan lebih dasyat...siling pun boleh mengikut rekahan..waktu itu baru kita sedar...grrrrr...kualiti vs harga.

Ada orang kata kalau kontraktor cina lebih mahal dan berkualiti kerana pekerjanya di kalangan bangladesh atau cina berbanding dengan hasil tenaga kerja indonesia atau kontraktor melayu. Ini juga subjektif...antara anda di ketuk atau anda di tipu...diketuk dengan harga mahal atau ditipu dengan kerja yang lambat atau ditinggalkan terus kerana kontraktor sudah tiada modal untuk rolling..adusss!!

Ok..next saya sambung...kita tengok pula bahagian kedua..Ubahsuai rumah Part 2 


Ubahsuai rumah - lampu dan kipas Part 3
Ubahsuai rumah Part 4




No comments:

Post a Comment