Friday 14 December 2012

Ubahsuai rumah Part 2



Sambung lagi untuk Ubahsuai Rumah..kali ini, sebelum kita buat sesuatu ubahsuai rumah,
senaraikan ikut keutamaan atau perkara asas untuk memasuki rumah baru anda, kalau duit sebesar gunung dan tak mahu bajet, terpulang pada ketebalan poket anda.

Senarai mengikut keutamaan:

  1. Barangan elektrik (jenis lampu, berapa unit kipas, door bell)...survey beli di kedai yg termurah di Puchong
  2. Katil - kebanyakan antara kita inginkan sentiasa yang baru, seeloknya tilam yang berkualiti, jika kita sudah ada tilam yang sedang digunakan, inilah masanya bertukar ke tilam yang baru, tilam digalakkan untuk ditukar setiap 5-10 tahun bergantung kepada keadaan tilam tersebut (shhh..anda yang tentukan!)
  3. Peti sejuk, mesin basuh dan aircond- yang ni perlukan sedikit bajet yang besar kerana penggunaannya bukan untuk setahun dua, alatan ini boleh mencecah usia lebih sedekad jika kita menjaganya dengan baik
  4. Grille atau jeriji besi - bagi kebanyakan rumah, meletakkan jeriji besi merupakan satu kemestian. Di sini, letakkan bajet dengan memilih mengikut keperluan. Lihat sekeliling rumah, kadang-kadang kita hanya perlu memasang hanya di bahagian bawah sahaja (jika rumah dua tingkat)
  5. Kabinet pakaian siap pasang / baju (built in wardrobe) - (optional pada yang mampu), bukan nak kata mahal tetapi jika kita memasang built in wardrobe, bilik akan nampak kemas berbanding dengan almari yang sedia ada, berkumungkinan besar akan banyak barangan bertindan di atas almari yang akan mengumpulkan habuk atau lebih sakit mata memandang...walaubagaimanapun, almari sedia ada yang masih boleh dipakai, masih boleh disuai padankan.
  6. Kabinet dapur - (optional pada yang mampu) jika tiada ubah suai, ambil ukuran dan meronda ke kesemua kedai kabinet dapur , jika tidak, hanya laburkan pada table top sahaja...sekurang-kurangnya bila sudah ada bajet, cuma pasangkan pintu dan laci sahaja.
  7. Dalam masa yang sama, dapur (cooker hob) dan penyedut asap (cooker hood), dapat kan yang terbaik, saya sudah menukarkan dua kali produk yang berjenama Rubine dalam masa setahun, ternyata kualiti tidak memuaskan kerana bahagian tempat kita meletakkan periuk (outer cap dan inner cap) menjadi cair dan melekat di bahagian base...huhuh..jadi pilih yang terbaik kerana ini ciri-ciri keselamatan perlu di ambil berat di bahagian ini...
  8. Langsir - kebanyakan antara kita melihatnya cantik terpasang di kedai..tapi awas, lihat pada kualiti dan juga aspek pencahayaan, rugilah kita jika sudah menempah kain yang tebal, yang akhirnya akan menggelapkan rumah kerana ditutupi sepenuhnya oleh "night curtain"..jadi..buat di bahagian yang perlu sahaja bukan mengikut mood kita...pengalaman saya langsir yang ditempah murah terutama di Nilai, tidak tahan lama, setahun dua, kain akan reput!..jadi fikir-fikirkanlah!

Seterusnya..ikut sahaja bajet yang telah anda buat...fikir dan susun atur ikut keperluan dan keutamaan sebelum masuk rumah baru.

Beringat...kita bukan tinggal untuk setahun dua dan inginkan "cuci kaki" atau semuanya lengkap, berdikit-dikit lebih baik dan kita ada banyak masa untuk berfikir dan mengelakkan keputusan segera atau ambil keputusan kerana penat!



Ubahsuai rumah Part 1 
Ubahsuai rumah Part 2 
Ubahsuai rumah - lampu dan kipas Part 3
Ubahsuai rumah Part 4 

 

No comments:

Post a Comment