Friday 22 February 2013

Tetamu Allah, adakah kita bersedia?

Hari ini setelah seminggu keletihan kerana tidak sihat, ku kuatkan semangat untuk meluahkan perasaan ku disini sambil menemani anak yang sedang menyiapkan kerja sekolah.

Di beranda ini saya menulis, mengenangkan pemergian ibunda saya ke Madinah sebentar tadi menyahut seruan dariNya sebagai Tetamu Allah. Panggilan Allah ini disambut ku dengan penuh kesyukuran di saat ku lihat tubuh dan kesihatannya yang semakin dimamah usia.


Walaupun ini bukan kali pertama buat ibuku menunaikan umrah, apatah lagi menunaikan haji, cuma perasaan berat kali  ini untuk melepaskan kerana tindak tanduk mama bukan seperti biasa. Berkali-kali mama memohon maaf kepada kami adik beradik di setiap perbualannya. Kata-kata itu bagai menikam di dalam satu sudut yang dalam di hati kami.

Kami mendoakan agar akan ada kemudahan dan kesenangan pada setiap hambaNya yang  telah dipilih sebagai tetamuNya. In Sya Allah..bantuan dariNya akan mengiringimu di Madinah dan Mekah nanti..



Sesungguhnya kami menerimanya dengan rasa redha dan bersyukur,  kenapa? Tidak semua antara kita akan terpilih. 

Walau sebaik mana pun orang tersebut, berharta dan berkemampuan untuk pergi ke luar negara, mempunyai segalanya termasuk harta didalam hidup, mempunyai kesihatan dan kelapangan...apabila bukan diri hamba nya itu tidak terpilih...Allah s.w.t tidak akan membuka pintu hatinya, waima untuk berusaha ke arah itu untuk menjadi Tetamu Allah bagi mengerjakan umrah..subhanaAllah sesungguhnya saat itu terasa begitu beruntungnya kita yang terpilih menjadi Tetamu Allah. 

Sebagaimana yang disebut dalam surah AlHaj, ayat 27



 Maka pada sahabat pembaca semua, sebenarnya tiada istilah untuk menunggu seru kerana yang ada cuma niat kita...bilakah kita akan menetapkan masa tersebut supaya kita dapat diterima sebagai TetamuNya? Seru tidak perlu ditunggu kerana ajal maut juga Allah s.w.t telah menyembunyikan masanya dari kita.

Rebutlah kerana ganjaran afdal dan pahala mengerjakan solat di masjid yang telah dipilih oleh Allah swt ini sangat-sangatlah besar.

Antara fadilat yang dapat dikongsikan:- 




Masjidil Haram adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 100,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. 





Kelebihan Masjid Nabawi pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 1,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya ada makam Nabi dan sebagai sebuah taman daripada taman syurga. 

Nah...mulai sekarang..percayalah..tiada tempat yang tercantik, yang paling tenang dan yang paling best bila berada di kedua di tempat ini...tanamlah impian anda dan realisasilah secepat mungkin..

...saat ini kupanjatkan doa semoga suatu hari nanti aku sekeluarga dapat berhijrah dan menetap secara tetap di salah satu tempat ini sehingga hujung nyawa kami..In Sya Allah..semoga doaku dan cita-citaku dimakbulkan.
 

No comments:

Post a Comment