Tuesday 14 June 2016

Parenting: Melentur Buluh dari Rebungnya



Kenapa tiba-tiba saya sentuh topik ini? Hmmm..di saat saya bermula sebagai seorang bapa pada tanggal 31 Mac 2004, hampir 9 tahun sejak kelahiran anak lelaki pertama dengan nama 'Azeem Iskandar.

Tidak lekang saya menimba ilmu keibubapaan (parenting) dari saat itu..hari ini saya tersentuh melihat pada persepsi saya seorang bapa memaksa anaknya mengulang semula solat Isyak di belakang saf. Mungkin kerana beliau melihat anak lelaki seusia 5 hingga 6 tahun bermian-main sebaik sahaja imam memberikan salam menamatkan solat.

Saat itu aku melihat dari jauh, begitu sabar ayahnya menyuruh anak itu untuk memulakan semula solat isyaknya, ku lihat wajah anak kecil itu sedikit ketakutan dengan muka yang mempamerkan wajah bersalah.

Tenang si ayah duduk di sebelah anaknya saat anaknya menghabiskan solat Isyak di belakang makmun yang sudah mulai keluar masjid dan ada yang menyambung solat sunat kemudiannya.

Persoalannya, bila kah waktu sesuai, perlukah kita begitu "tegas", adakah kita (sebagai bapa) akan dilihat sebagai "memaksa" atau mungkin ada yang berpandangan serong sebagai "mendera"?




 

No comments:

Post a Comment